saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 08/05/2013

Terengganu tak mampu sekat Lions XII

KUALA TERENGGANU - Hasrat tuan rumah Terengganu untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan pendahulu Liga Super, Lions XII berkecai selepas tewas 1-2 menerusi jaringan pada masa kecederaan.

Lebih malang, gol kemenangan lawan dijaringkan pemain Terengganu, Hasmizan Kamarodin yang tertanduk bola ke gawang sendiri.

Bermula baik, tuan rumah bagaimanapun sukar untuk menembusi pertahanan pelawat yang diketuai oleh pemain kebangsaan Singapura, Baihakki Khaizan.

Sebaliknya, pelawat lebih banyak mendominasi perlawanan khususnya pada bahagian tengah dengan kawalan bola yang kemas dan menarik.

Begitupun, jentera serangan Lions XII yang dikepalai oleh Fazrul Nawaz juga buntu untuk menghasilkan sebarang jaringan biarpun mempunyai beberapa peluang gol tetapi gagal disempurnakan.

Memasuki babak kedua, anak-anak buah E.Elavarasan mula memperkemaskan corak permainan dengan mengatur beberapa gerakan berbahaya ke kubu lawan.

Hasilnya, pemain lincah, Ismail Faruqi Ash'ari berjaya menyambut baik hantaran silang pemain gantian, G. Puaneswaran sebelum merembat masuk pada minit ke-63.

Gol tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama apabila kapten pelawat, Baihakki menanduk masuk gol penyamaan hasil sepakan penjuru selepas berlaku kekalutan di hadapan gawang tuan rumah.

Malang memihak Lions XII apabila Madhu M. Mohana diarah keluar padang pada minit ke-86 selepas menerima kad kuning kedua.

Bagaimanapun, kesempatan beraksi dengan lebih seorang pemain gagal dimanfaatkan sepenuhnya Terengganu sebaliknya terpaksa 'gigit jari' selepas Hasmizan tertanduk bola ke gawang sendiri dalam usaha untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pada masa kecederaan.

Mengulas mengenai kekalahan itu, Elavarasan berkata, pasukannya beraksi baik namun hilang fokus pada saat-saat akhir.

"Singapura adalah lawan yang sukar. Saya percaya antara punca kekalahan ini ialah para pemain saya terlalu yakin selepas mendahului lawan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.