saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/06/2013

UPM ungguli Anugerah Sukan MASUM 2012

Muhyiddin Yassin (tujuh dari kiri) bersama para penerima anugerah MASUM 2012 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam, malam tadi. Turut kelihatan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (enam dari kiri). - Mingguan/Mohd Shaharani Saibi

SHAH ALAM - Universiti Putra Malaysia (UPM) mengungguli Majlis Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2012 selepas dua penuntutnya membolot anugerah Olahragawan dan Olahragawati di sini, semalam.

Atlet tenpin boling, Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malik dinobatkan sebagai Olahragawan manakala anugerah Olahragawati disandang atlet terjun, Cheong Jun Hong.

UPM juga menggondol anugerah Bintang Harapan (Wanita) menerusi Noor Izzati Jasni yang merupakan atlet sukan menembak selain menerima anugerah Jurulatih Terbaik menerusi Siti Aishah Sudin dalam sukan memanah.

Bagi anugerah Bintang Harapan (Lelaki) pula dimenangi atlet sukan hoki, Shazrul Imran Nazli daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penyampaian anugerah itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dalam Majlis Anugerah Sukan MASUM 2012 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM di sini.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Ab. Rahim Md. Noor dipilih sebagai Tokoh Sukan MASUM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:56
Zohor 1:17
Asar 4:40
Maghrib 7:14
Isyak 8:28



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.