saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 06/06/2013

Tunku Ismail minta FAM telus

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Biarpun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin mengeluarkan amaran kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) supaya tidak membuat sebarang kenyataan media mengkritik FAM, namun itu tidak menghalang Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada berterusan menegur badan sukan bola sepak negara itu.

Dalam kenyataannya semalam, beliau dengan lantang membangkitkan beberapa perkara termasuk mengulangi teguran meminta FAM telus dan adil.

Tunku Ismail turut menegaskan kritikan dibuat adalah kerana cintakan bola sepak, selain mahu mengetengahkan isu berkaitan sukan tersebut dan bukannya bertujuan membelakangkan mana-mana individu atau sebab beliau berminat memegang jawatan dalam FAM.

Tunku Mahkota Johor berkata, beliau tidak berminat bertanding merebut sebarang jawatan dalam FAM kerana menyifatkan dirinya tidak layak.

Dalam masa yang sama, tegasnya, beliau lebih mengutamakan Johor dan pembangunan bola sepak di negeri ini.

Beliau sekali lagi mempersoalkan layanan FAM terhadap persatuan-persatuan bola sepak negeri yang disifatkan tidak adil seperti dalam kes melibatkan perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Pahang di mana PBNJ turut dikenakan hukuman, namun tidak diberi ruang untuk membuat rayuan.

Tunku Ismail turut mempersoalkan mengapa FAM tidak membenarkan persatuan atau individu menyuarakan sebarang pendapat dan cadangan bagi mempertingkatkan mutu bola sepak negara.

Ini kerana beliau berpendapat isu penting dalam sukan tersebut harus diberi perhatian dan diketengahkan selain rakyat perlu mengetahui situasi sebenar.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana keadaan dalam FAM tiada tanda-tanda akan berlaku perubahan positif biarpun sudah ramai yang tampil membuat teguran sekali gus menegaskan sekiranya ia berterusan, maka 20 tahun dari sekarang kemelut sama akan terus membelenggu bola sepak negara.

“Bagaimana saya hendak beri pandangan dan berkongsi pendapat berkaitan bola sepak jika FAM seolah-olah keberatan untuk memberi kerjasama.

“Ini termasuk surat yang saya hantar berhubung mutu pengadilan di negara ini juga tidak mendapat maklum balas daripada FAM.

“Mereka yang memegang jawatan dalam FAM mestilah telus dan adil kepada semua pasukan yang bersaing dalam liga tempatan. Keutamaan mereka mestilah untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara selain memberi tumpuan pembangunan bakat baru di kalangan belia.

“Bola sepak bukan satu entiti persendirian milik mana-mana individu, ia adalah untuk semua lapisan masyarakat. Jadi, sekiranya FAM merasakan perlu untuk mengenakan denda terhadap saya, saya akur," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.