saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 12/06/2013

Harimau Malaya menang besar di Australia

Mohd. Amri Yahyah menjaringkan hatrik ketika Malaysia menang 4-0 ke atas Sydney Olympic, semalam.

KUALA LUMPUR - Setelah dikritik hebat ekoran kekalahan 2-3 kepada kelab Australia, Canberra FC minggu lalu, skuad Harimau Malaya bangkit membelasah Sydney Olympic 4-0 dalam perlawanan persahabatan Belmore, Sydney semalam.

Skuad Datuk K. Rajagobal memperoleh kemenangan pemulih semangat ke atas kelab Liga Perdana New South Wales (NSW) itu hasil jaringan hatrik Mohd. Amri Yahyah, selepas Safiq Rahim memulakan pesta jaringan pada minit kesembilan.

Safiq menyudahkan umpanan penjaring dua gol ketika menentang Canberra FC Khamis lalu, Mohd. Safee Mohd. Sali sebelum penyerang utama Malaysia itu mengumpan Mohd. Amri untuk gol kedua pada awal babak kedua.

Amri mengesahkan jaringan hatrik apabila bijak menyudahkan hantaran Azamuddin Mohd. Akil dan Fauzi Roslan, masing-masing pada minit ke-73 dan ke-89.

Rajagobal membuat sedikit rombakan dalam kesebelasan utama Malaysia semalam dengan mempertaruhkan seorang muka baharu, Nazrin Nawi dan Azamuddin yang hanya masuk sebagai pemain gantian menentang Canberra FC.

Aksi semalam turut menyaksikan Mohd. Safee kerap kali mencemaskan pertahanan lawan. Mohd. Amri pula layak dinobat pemain terbaik kerana kemampuannya menghidu posisi tepat untuk melakukan penyudah.

Walaupun cuma menentang lawan yang berstatus kelab, kemenangan tersebut sekurang-kurangnya mampu mengembalikan keyakinan pasukan negara selepas mereka dikritik hebat peminat dan media tanah air yang menganggap aksi di Australia sebagai pembaziran.

Malaysia akan mengakhiri siri jelajah Australia, sebagai persediaan ke Kelayakan Piala Asia, Oktober depan menentang juara Liga Perdana NSW musim lalu, Marconi Stallions di Bossley Park, Sydney esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.