saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 04/08/2013

Impian Ziyad atasi juara dunia tercapai

Muhammad Ziyad Zolkefli menunjukkan pingat emas acara lontar peluru yang dimenanginya pada Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dalam majlis di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang dinobatkan juara dunia acara lontar peluru di Lyon, Perancis baru-baru ini berkata, kejayaan mengatasi pemenang pingat emas Sukan Paralimpik London, Todd Hodgetts dari Australia merupakan kejayaan yang tidak diduga.

Ziyad, 23, juga berkata, dia tidak menyangka dapat mencapai impiannya secepat ini kerana Hodgetts bukanlah lawan yang mudah untuk diatasi.

"Memang impian saya adalah untuk mengatasi juara dunia (Hodgetts). Alhamdulillah saya berjaya menewaskannya dan dapat menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia," katanya.

Ziyad memenangi pingat emas acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis.

Kejayaannya itu diraikan oleh Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang turut dihadiri Penaung MPM, Tun Jeanne Abdullah serta Presiden MPM, Datuk Zainal Abu Zarin di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, Ziyad menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Ziyad yang pertama kali beraksi pada kejohanan tersebut melakukan lontaran sejauh 15.32 meter untuk pingat emas dan menewaskan Jeffery Ige dari Sweden dan Todd Hodgetts dari Australia. Kejayaan itu sekali gus memperbaiki rekod kebangsaan dan catatan terbaik peribadi miliknya 15.21 meter.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.