saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/08/2013

117 peserta sahut pemilihan Projek KE7B

AKSI salah seorang peserta pada sesi ujian pemilihan ekspedisi KE7B Malaysia Greenland 2014 di Stadium UiTM, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Seramai 117 belia dan anak muda menyahut cabaran untuk menyertai penjelajahan ke Greenland apabila menghadiri sesi pemilihan Projek Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Malaysia, Greenland 2014 di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Penasihat Kehormat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, hampir separuh daripada peserta yang datang bagi sesi pemilihan tersebut melepasi ujian fizikal membabitkan larian sejauh 2.4 kilometer dan beberapa latihan seperti tekan tubi, 'seat up' dan 'push up' selain ujian bertulis mengenai pengetahuan am.

''Seramai 15 peserta yang berjaya melepasi saringan akan menjalani latihan di luar negara seperti New Zealand dan Norway selama kira-kira dua minggu.

''Kemudian kita akan membuat pemilihan akhir 10 peserta iaitu tujuh orang yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita manakala tiga lagi iaitu dua lelaki dan seorang wanita sebagai peserta simpanan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas sesi pemilihan tersebut, semalam. Turut hadir, Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarruddin.

Projek berkenaan akan bermula di Ammassalik dan berakhir di Sondre Stromfjord yang meliputi jarak 550 kilometer.

Peserta akan berdepan cuaca sejuk sehingga negatif 46 darjah Celsius, selain perlu menarik sendiri barangan dan peralatan seberat kira-kira 75 kilogram menggunakan kereta penarik (sledge).

Akmal Hisham yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri berkata, sesi pemilihan bagi projek tersebut mendapat sambutan menggalakkan berbanding projek mendaki Gunung Everest sebelum ini, hanya 30 peserta datang sesi ujian.

''Peserta yang akan dipilih dipastikan benar-benar mempunyai kemampuan dari segi fizikal memandangkan eksplorasi kali ini lebih mencabar iaitu mereka perlu berjalan merentasi Greenland sejauh 530 kilometer dalam tempoh 30 hari atau purata setiap penjelajahan perlu berjalan antara 15 hingga 20 kilometer sehari," katanya.

Beliau berkata, sesi pemilihan kali ini juga menyaksikan pelbagai golongan belia tampil untuk menyahut cabaran termasuk atlet negara, belia yang sudah bekerja, pelajar universiti dan anggota pasukan beruniform.

''Pemilihan bagi ekspedisi ini adalah bagi menyahut cabaran dan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu anak muda menyertai aktiviti sukan lasak dan ekstrem."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.