saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 28/08/2013

Persatuan bola sepak Melaka dijenama semula

MELAKA 28 Ogos - Persatuan Bolasepak Melaka (Mafa) bakal dikenali dengan nama Melaka United Soccer Association (MUSA) yang memfokuskan kepada pembangunan pemain muda daripada negeri ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.

Beliau yang juga pengerusi persatuan itu berkata pembangunan pemain muda perlu diletak sebagai tunjang penjenamaan semula itu bagi memastikan pasukan bola sepak Melaka mempunyai jati diri tinggi untuk berjuang demi memartabatkan negeri ini di pesada bola sepak negara.

"Kami sasar untuk menjadi antara pasukan digeruni lawan dalam tempoh antara tiga dan empat tahun dalam pesada bola sepak negara, kami mahu bentuk pasukan 'tulen' Melaka yang kami bina dari bawah hingga menjadi yang terhebat," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Idris mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini, hari ini.

Idris berkata pemain pasukan bawah 15 tahun Melaka yang pernah muncul juara peringkat Majlis Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan bawah 18 tahun yang pernah menjadi naib juara peringkat MSSM sebelum ini, akan menjadi asas kepada pembentukan pasukan Melaka itu nanti.

"Kami akan nilai pemain-pemain pasukan itu dan pilih yang mana sesuai untuk kami pupuk mejadi pemain bola sepak mewakili Melaka nanti," katanya.

Beliau berkata selain pembangunan pemain muda, penjenamaan itu juga akan merangkumi antara lain pertukaran jersi, logo dan warna rasmi pasukan bola sepak Melaka yang sebelum ini sinonim dengan warna hijau dan putih.

"Kami juga akan lihat kepada barisan kepimpinan persatuan. Saya akan adakan pertemuan dengan semua yang terlibat dengan bola sepak Melaka dan dapatkan maklum balas mereka dan kami akan pilih kepimpinan kukuh untuk memajukan bola sepak di negeri ini.

"Saya percaya dengan penjenamaan semula ini akan memperkasa pasukan ’Sang Kancil’ ini menjadi antara pasukan pencabar utama Liga Super juga Piala Malaysia satu hari nanti," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.