saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 06/10/2013

Anak penjaga gol JDT meninggal dunia

Muhammad Al-Hafiz (kanan) dan Fatihah sebak menatap jenazah anak mereka, Muhammad Adam Farish di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam. Gambar kecil, Muhammad Adam Farish.

JOHOR BAHRU - Anak lelaki penjaga gol utama pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (Johor DT) Muhammad Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah meninggal dunia di sini hari ini, akibat komplikasi penyakit jantung, paru-paru serta pernafasan.

Muhammad Adam Farish yang akan mencecah umur dua tahun bulan depan meninggal dunia kira-kira pukul 4.16 pagi di Hospital Sultanah Aminah.

Muhammad Al-Hafiz yang ditemui pemberita, berkata, dia berasa sedih dan terkilan kerana tidak berada di sisi anaknya ketika ia menghembuskan nafas terakhir.

Beliau berada di Kota Baharu bersama skuad Harimau Selatan sebagai persiapan menentang pasukan Kelantan pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia semalami.

Penjaga gol terbabit kemudian tiba di rumah seorang saudaranya di Kampung Bakar Batu, di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini untuk pengurusan jenazah anaknya sebelum dibawa ke kampung halaman isterinya di Kampung Pantai Johor, Alor Setar, Kedah untuk pengkebumian.

Sementara itu, isteri Muhammad Al-Hafiz, Fatihah Nur Fadzil, 24, berkata anaknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pada kira-kira pukul 9 pagi semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menurut Fatihah, anak tunggalnya itu sudah mengalami masalah jantung dan paru-paru sejak dilahirkan dan sering dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Mohd Fahmy Yahya berkata, Muhammad Al-Hafiz akan direhatkan pada perlawanan menentang Kelantan bagi membolehkan beliau menguruskan jenazah anaknya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.