saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2013

PBNP sasar 32,000 tiket dijual

TONGGAK pertahanan Pahang, Damion Delano menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan di Padang Bola Taman Gelora, Kuantan semalam menjelang aksi menentang Sarawak esok.

KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menyasarkan 32,000 tiket dijual untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di antara Pahang menentang Sarawak di Stadium Darul Makmur di sini, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan Persatuan, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah berkata, tiket sudah mula dijual sehingga hari perlawanan.

Kaunter jualan dibuka berhampiran Stadium Darul Makmur bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

“Selain Stadium Darul Makmur, sebanyak 10,000 tiket turut dijual di kaunter Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.

“Harga tiket masih kekal iaitu RM12 bagi tempat duduk terbuka dan RM22 (berbumbung).

“Kita yakin sasaran tersebut dapat dicapai memandangkan maklum balas dan keterujaan peminat pasukan Pahang untuk menyaksikan perlawanan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurusan perlawanan di sini, semalam.

Menurut Raja Mustafa, beliau berharap peminat bola sepak tempatan membeli tiket di kaunter yang sah bagi mengelak sebarang penipuan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Saya mengingatkan peminat agar menjaga disiplin sepanjang perlawanan untuk mengelak insiden yang tidak diingini berlaku.

“Kita mahukan peminat datang memberikan sokongan tanpa melupakan semangat kesukanan apabila menyaksikan pasukan pilihan beraksi," jelasnya lagi.

Tambahnya, bagi memastikan perlawanan berjalan dengan lancar sebanyak 500 anggota keselamatan termasuk yang berpakaian biasa akan ditempatkan di dalam dan luar kawasan stadium semasa perlawanan itu berlangsung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.