saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 22/10/2013

Pelan pembangunan bola sepak bakal dilancar

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020 bagi meningkatkan imej sukan bola sepak negara yang kini menghuni tangga ke-160 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pelan itu juga bertujuan mengembalikan maruah skuad kebangsaan yang dahulunya digeruni menerusi sentuhan Allahyarham Datuk Mohd. Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun serta beberapa nama besar lain.

Menurutnya lagi, kementerian memberi keutamaan kepada usaha mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak negara.

‘‘Saya sudah menerima draf pelan pembangunan bola sepak dan ia akan dilancarkan tidak lama lagi. Menerusi pelan pembangunan ini, antaranya kita akan melihat lebih 10,000 remaja berusia tujuh hingga 17 tahun dilatih di seluruh negara.

‘‘Kita akan pastikan pelan ini dapat mencungkil bakat terbaik dengan sasaran pasukan remaja dapat melayakkan diri pada kejohanan Piala Remaja Dunia 2019," katanya dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) berhubung usaha kerajaan dalam mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak negara.

Khairy berkata, pelantikan bekas penolong jurulatih pasukan akademi kelab gergasi Jerman, Bayern Munich bawah 19 tahun, Lim Teong Kim sebagai Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara dijangka mampu membawa sinar baharu kepada sukan bola sepak tempatan.

‘‘Minat rakyat terutama terhadap pasukan bola sepak dan pemain tanah air juga semakin meningkat. Ini hasil usaha individu-individu dan negeri-negeri yang banyak melabur kepada pembangunan sukan ini.

“Antaranya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh," jelasnya.

Terdahulu beliau ketika menjawab soalan asal Abd. Khalid yang ingin mengetahui jumlah perbelanjaan tahunan pembangunan sukan berkata, kementerian melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah memberi bantuan kepada 46 buah persatuan sukan berjumlah RM225.102 juta sejak 2008 hingga tahun lalu.

Bagi sukan bola sepak pula ujarnya, kementerian banyak membantu dalam aspek kewangan dan sejak 2000 lagi, MSN telah memperuntukkan RM300,000 setiap tahun bagi persiapan skuad bola sepak senior kebangsaan, manakala RM5 juta disalurkan bagi membiayai skuad Harimau Muda A dan B sejak 2005 hingga 2009.

Dalam perkembangan lain, beliau yang diajukan soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) mengenai insentif kerajaan khususnya pengecualian cukai terhadap pembelian peralatan sukan berkata, untuk sesi rundingan Bajet 2014, perkara itu telah disuarakan seperti Bajet 2013.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.