saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/11/2013

Benteng Pahang ikrar elak bolos

KUANTAN - Tonggak pertahanan Tok Gajah, Mohd. Razman Roslan berazam menyekat jentera serangan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam, esok.

Bekas pemain Selangor itu berkata, dia bersama gandingannya, Damion Stewart telah mengatur strategi bagi memastikan penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme tidak lolos.

"Dickson sangat kuat dan licik jadi kita harus merantainya agar tidak boleh bergerak bebas kerana dia mampu mencipta jaringan serta melakukan hantaran tepat kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol.

"Kita juga harus memberi perhatian kepada tiga lagi pemain yang sering mencipta nama sebagai penjaring gol The Red Warriors iaitu kapten mereka, Mohd Badri Radzi, Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahyuddin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut Razman, peluang Pahang dan Kelantan untuk muncul juara sama rata, namun tekanan lebih memihak kepada skuad kendalian Bojan Hodak kerana mereka turun dengan misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

"Kami sudah mengenal pasti kelemahan di setiap posisi dan kini sedang giat menjalani latihan untuk memantapkan rentak permainan," ujarnya.

Mohd. Razman yang juga pemain kebangsaan memberitahu, dia juga mempunyai misi peribadi untuk menjulang Piala Malaysia untuk kali kedua selepas membantu Selangor pada 2005.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.