saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 06/11/2013

Perak juara Piala Agong selepas 62 tahun

KOTA BHARU - Setelah 62 tahun menanti, Perak akhirnya berjaya muncul juara kejohanan bola sepak Proton Piala Agong 2013 apabila meranapkan impian juara 10 kali, Kelantan dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Kejayaan Perak itu sekali gus turut memusnahkan impian Kelantan mengekalkan kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2011 selepas tahun lalu piala berkenaan tidak dipertandingkan.

Hasrat skuad muda Kelantan bagi menebus kehampaan pasukan senior mereka yang tewas kepada Pahang dalam aksi final Piala Malaysia Ahad lalu tidak kesampaian selepas Ahmad Sukri muncul wira Perak apabila jaringan tunggalnya pada minit kesembilan sudah cukup buat Perak memahat sejarah merangkul kejuaraan piala berkenaan yang mula diperkenalkan sejak 1962.

Di hadapan kira-kira 1,000 penyokong, Kelantan bagaimanapun bermula garang dengan melakukan beberapa serangan berbahaya namun kekebalan benteng Perak yang diketuai penjaga golnya, Amirul Azhan berjaya menyelamatkan keadaan.

Pada minit kesembilan, Kelantan hampir berada di hadapan melalui sepakan percuma oleh penyerang mereka, Fairul Afikin Sayuti, namun ianya sedikit tersasar walaupun ketika itu, Amirul Azhan sudahpun tertewas.

Keghairahan Kelantan memburu gol bagaimanapun disentap selang dua minit kemudian, apabila Perak berjaya menjaringkan gol pertama selepas ledakan deras Ahmad Sukri daripada jarak 20 meter gagal diselamatkan Mohd. Sharizan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan terus mengandakan asakkan dan hampir memperoleh gol penyamaan pada minit ke-22, namun rembatan Adlee Aziz di dalam kotak penalti gagal menerjah gawang.

Selang tiga minit kemudian Adlee sekali mencemaskan benteng pertahanan Perak namun tandukannya hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Khairuddin Ramli terkena palang.

Bersambung babak kedua, Kelantan yang terus terdesak memburu gol penyamaan memasukkan Fakrul Zaman Wan Abdullah Zawawi dengan menggantikan Mohd Qayyum Marjono Sabil bagi menguatkan jentera serangan mereka pada minit ke-54.

Tiga minit kemudian, tuan rumah sekali lagi kempunan untuk menyamakan kedudukan apabila tandukan Mohd. Khairul Akhyar tersasar di sebelah kanan gawang Perak setelah menerima hantaran silang pada Tengku Hasbullah.

Dalam usaha untuk merapatkan kedudukan, Kelantan melakukan dua pertukaran pada minit ke-62 dan 66 dengan memasukkan Mohd Raim Azmi dan Mohd. Rozaimi Azwar Mat Noor, namun benteng pertahanan Perak begitu kebal untuk ditembusi.

Sebaliknya, Perak yang dilatih bekas pemain kebangsaan, Syamsol Saad langsung tidak tertekan dengan kemaraan pemain tuan rumah malah hampir menggandakan jaringan menerusi Khairul Asyraf pada minit ke-71 dan 75 namun gagal menepati sasaran.

Pemburuan tuan rumah untuk mendapatkan gol penyamaan menemui jalan buntu apabila sepak bebas dilakukan Fakrul Zaman melewati pintu gol Perak pada minit ke-86.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.