saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 09/11/2013

Zaquan sarung jersi Johor

Zaquan Adha Abdul Radzak tidak lagi menyarung jersi Johor Darul Takzim musim depan, sebaliknya akan membawa cabaran Johor dalam Liga Perdana.

JOHOR BAHRU - Bekas bintang penyerang kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak sah akan kekal di Johor, namun bukan menyarung jersi gergasi Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (Johor DT), sebaliknya bakal membawa cabaran Johor dalam Liga Perdana musim depan.

Malah, penyerang kebangsaan, Safee Sali juga ditawarkan untuk beraksi buat Johor, namun pemain itu belum memutuskan kedudukannya.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam.

Beliau berkata, Zaquan yang terlepas hampir separuh musim Liga Malaysia 2013 akibat kecederaan telah menyatakan persetujuan untuk beraksi bersama pasukan Johor.

"Zaquan akan beraksi bersama pasukan Johor musim depan, Safee belum membuat sebarang keputusan.

"Dia masih berfikir tetapi saya berharap dia akan buat keputusan dalam tempoh dua tiga hari ini," katanya ditemui selepas menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan Johor Darul Takzim dan Askar Timbalan Setia Negeri (JMF) di Padang Seri Gelam, di sini semalam.

Safee yang sebelum ini dipinjam dari kelab Indonesia, Arema gagal menyerlah bersama pasukan Johor DT sepanjang musim lalu, namun ditawarkan untuk beraksi bersama pasukan Johor musim depan.

Dia masih mempunyai baki kontrak sehingga Februari tahun depan bersama Arema, tetapi kelab Indonesia itu dalam satu kenyataan baru-baru ini memberitahu khidmat Safee tidak lagi diperlukan kerana mereka mempunyai pemain yang mencukupi.

Dalam pada itu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor berharap barisan pemain bintang yang bakal beraksi bersama Johor Darul Takzim musim depan mampu mempamerkan aksi terbaik bagi melayakkan diri ke saingan Piala AFC.

Beliau berkata, gandingan pemain import, Pablo Aimar dan Braulio Rodriguez serta bekas pemain tengah Lions XII, Hariss Harun bersama para pemain bintang tempatan diyakini mampu memberikan impak positif kepada pasukan.

Beliau menegaskan, status pemain bintang tidak memberi sebarang jaminan kepada mereka untuk mendapat tempat secara automatik dalam kesebelasan utama, sebaliknya perlu bersaing dan mempamerkan kesungguhan untuk menjadi yang terbaik dalam pasukan.

"Pada mulanya, kita agak bimbang apabila bakal ada pemain berstatus bintang duduk di bangku simpanan.

Namun jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez memberitahu, sebagai pemain profesional, pemain harus beranggapan walaupun seminit mereka berada di padang, bermakna dia sudah jalankan tugas dan memainkan peranan buat pasukan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.