saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/11/2013

Selangor sasar satu piala musim depan

PETALING JAYA - Selangor mensasarkan sekurang-kurangnya menjulang satu piala pada aksi Liga Malaysia 2014.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, Selangor sudah terlalu lama tidak menjulang trofi kejuaraan dan kini sudah tiba masanya untuk skuad The Red Giants kembali mengulangi kecemerlangan lalu.

Malah, Abdul Mokhtar percaya jurulatih baharu, Mehmet Durakovic yang juga bekas kapten Selangor mampu membawa perubahan positif selain pasti memahami dengan mendalam keperluan skuad bimbingannya itu.

"Dia (Durakovic) mempunyai KPI (Indeks Pengukur Prestasi) tersendiri dan dia juga perlu berjanji untuk merealisasikan sasaran pasukan.

"Pada masa yang sama juga saya ingin menegaskan meskipun kebanyakannya pemain Selangor terdiri dalam kalangan pemain muda, namun ada antara mereka yang beraksi dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan sekali gus tidak boleh memandang rendah keupayaan pemain ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

Antara pemain yang kini sah menyertai Selangor pada aksi musim depan ialah dua pemain import dari Brazil, Paulo Rangel dan Junior Aparecido.

Sementara beberapa pemain tempatan yang menjadi milik The Red Giants adalah Mohd. Farizal Marlias, Mohd. Rizal Fahmi Abdul Rosid, Muhd. Nazri Ahmad, Abdul Hadi Yahya, A. Thamil Arasu, Ahmad Hazwan Bakri serta Mohd. Hamsani Ahmad.

Sementara itu, Abdul Mokhtar memberitahu, senarai penuh skuad Selangor bagi musim depan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Selangor ketika ini masih lagi memegang rekod kejuaraan Piala Malaysia terbanyak iaitu 32 kali.

Kali terakhir Selangor menjulang trofi ialah pada 2010 iaitu Piala Sultan Ahmad Shah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.