saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 19/11/2013

Aziz kekal bersama Kelantan

KOTA BHARU - Tonggak pertahanan kiri Kelantan, Mohammad Aziz Ismail memilih untuk terus berbakti bersama The Red Warriors selepas mengikat kontrak selama dua tahun, Sabtu lalu.

Mohammad Aziz yang hampir pulih dari kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) lulut kanan berkata, dia akan mula menjalani latihan bersama The Red Warriors pada 15 Disember ini.

Menurutnya, ia merupakan latihan pertamanya bersama The Red Warriors selepas berehat selama setahun gara-gara kecederaan yang dialami ketika pertemuan persahabatan dengan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, 12 Disember 2012 lalu.

"Akibat kecederaan tersebut, doktor menasihatkan saya supaya berehat selama setahun untuk kembali pulih sepenuhnya.

"Alhamdulillah kecederaan tersebut hampir pulih, walau bagaimanapun saya tidak mahu mengambil risiko dan memerlukan sedikit masa untuk kembali pulih sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, dia membayangkan untuk beraksi sepenuhnya dalam perlawanan kompetitif antara tiga hingga empat bulan akan datang.

Mohammad Aziz antara tonggak pertahanan yang masih setia bersama The Red Warriors musim ini selepas beberapa rakan sepasukannya di posisi berkenaan iaitu Azizi Mat Rose, Mohd. Daudsu Jamaludin, Mohd. Rizal Fahmi Rosid dan S. Subramaniam mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan baharu.

Meskipun kehilangan empat tonggak di posisi berkenaan, benteng Kelantan dilihat tetap utuh selepas beberapa muka lama seperti Nik Shahrul Azim Ab Halim, Mohd. Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak dan Obinna Nwaneri memutuskan untuk terus kekal bersama The Red Warriors.

Dalam pada itu, Mohammad Aziz mengakui bakal berdepan tugas sukar mendapatkan semula tempat di posisi berkenaan kerana terpaksa bersaing dengan pemain sedia ada.

Katanya, dia perlu bekerja lebih keras untuk kembali ke prestasi sebenar sekali gus memikat hati ketua jurulatih untuk memilihnya beraksi bersama Kelantan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.