saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/11/2013

Kuota pemain import ditambah lagi

Affandi Hamzah (tengah) memberi penerangan kepada wakil media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. Turut kelihatan Naib Presiden, Datuk Seri Subahan Kamal (kiri) dan Setiausaha, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

PETALING JAYA - Jika ramai pemain ternama kebelakangan ini kerap membuat 'Pusingan U' dalam rundingan berhubung pasukan pilihan mereka bagi Liga Malaysia musim depan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh dianggap 'dua kali lima'.

Sesudah menetapkan tiada lagi tambahan bagi kuota tiga pemain import, di mana satu daripada negara Asia (2+1) pada 7 November lalu, Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM merombaknya pula dengan membenarkan penggunaan khidmat empat import, satu Asia (3+1) menjelang tarikh tutup pendaftaran, 4 Disember ini.

Namun kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan persatuan, Datuk Seri Afandi Hamzah, hanya tiga pemain import dibenarkan beraksi dalam suatu masa dan seorang lagi yang di bangku simpanan itu cuma boleh dimasukkan sekiranya berlaku penggantian pemain dalam perlawanan itu.

"Kami merasakan kehadiran mereka (tambahan seorang lagi) sudah tentu merancakkan liga kita seterusnya menaikkan (mutu saingan). Namun pemain asing itu tetap tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dengan keutamaannya pada kualiti permainan mereka.

"Syarat ketatnya ialah jika pemain negara Asia, dia mestilah pemain kebangsaan atau setidak-tidaknya beraksi dalam liga utama negara asalnya. Jika Eropah atau benua lain, ada kriteria tertentu yang turut ditetapkan dalam peraturan pengambilannya," katanya selepas mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Jelasnya, kuota baharu ini juga satu pilihan dan peluang kepada semua pasukan tetapi ada pasukan yang mungkin hanya mahu kekal dengan 2+1, manakala Selangor dan Kelantan yang turut bermain pada Piala AFC 2014 mungkin mampu mengimbangi saingan dengan penambahan import itu.

Sementara itu, katanya yang juga Naib Presiden FAM, jawatankuasa akan cuba mengkaji semula tarikh tutup pendaftaran pemain import Liga M yang mulanya ditetapkan 4 Disember ini dan mungkin melanjutkan tempohnya jika terdapat ruang dan peluang berbuat begitu.

"Setakat ini kami kekal dengan pendaftaran pemain import pada 4 Disember tetapi kami tengok dengan pengumuman ini, mungkin ada pasukan cuba meninjau pemain import lain. Kami harap tarikh ini masih mampu menyelesaikan pengambilan import musim 2014 walaupun boleh menilainya semula," katanya.

Dalam perkembangan lain, perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah telah ditetapkan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Januari depan.

"Gelanggang asal, Stadium Shah Alam ditutup bagi kerja naik taraf (1 Disember hingga 1 Mac 2014).

"Justeru perlawanan pusingan pertama liga pada 17 Januari 2014 itu akan menemukan Pahang (juara Piala Malaysia 2013) sebagai tuan rumah, menentang LionsXII (juara Liga Super 2013).

"Kami dimaklumkan bahawa gelanggang LionsXII, Stadium Jalan Besar, Singapura menjalani kerja pembaikan padang jadi mereka hanya boleh menjadi tuan rumah pusingan kedua liga berdepan Pahang," katanya lagi.

Pertemuan Pahang dan LionsXII turut menawarkan mata pertama dalam Liga Super 2014.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.