saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 29/11/2013

Bekas rakan sekelab Pato calon penyerang

Anderson Rodrigues

IPOH - Bekas rakan sepasukan pemain antarabangsa Brazil, Alexander Pato ketika mewakili skuad remaja sebuah kelab dalam liga Brazil merupakan antara calon untuk mengisi posisi serangan skuad Seladang musim depan.

Pemain berkenaan, Anderson Rodrigues, berusia 27 tahun, yang menyertai sesi ujian untuk mengisi kuota pemain import skuad Seladang musim depan dalam aksi persahabatan di Stadium Perak kelmarin, ternyata memikat lebih 4,000 penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Namun, Rodrigues terpaksa bersaing dengan seorang lagi calon penyerang import iaitu Kalle Sone dari Cameroon untuk posisi penyerang yang turut diuji dalam perlawanan kelmarin.

Rodrigues pernah beraksi dengan Pato, pemain kebangsaan Brazil yang kini mewakili kelab Corinthians ketika mereka disenaraikan dalam skuad remaja sebuah kelab dalam liga Brazil.

Pemain yang memiliki ketinggian 173 sentimer itu muncul penjaring terbanyak liga bersama bekas kelabnya, Bangu AC dalam liga Brazil musim lalu. Difahamkan Rodrigues turut dipilih sebagai Pemain Terbaik dalam tiga perlawanan liga.

Ketua jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim berkata, kedua-dua pemain berkenaan merupakan antara enam pemain import yang diuji pada posisi serangan dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Superstar FC yang dibarisi oleh pemain import.

Menurutnya, kedua-duanya memiliki kelebihan yang diperlukan untuk mempertajamkan serangan pasukannya.

"Namun saya masih memerlukan masa untuk menguji kedua-dua pemain itu dalam beberapa perlawanan lagi," katanya selepas perlawanan persahabatan kelmarin.

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pemain itu masing-masing menjaringkan satu gol untuk Perak menang 2-0.

Kalle Sone, 30, pula bukanlah asing dalam bola sepak tempatan kerana dia pernah mewakili Sarawak pada musim 2011 dan Kuala Lumpur pada musim lalu.

Sementara itu, peminat skuad Seladang mendesak Pafa menandatangani kedua-dua pemain berkenaan selepas terpikat dengan aksi mereka dalam perlawanan persahabatan kelmarin.

Sebahagian besar pengunjung laman facebook kelab peminat pasukan Seladang, Perak the YOB umpamanya berpendapat khidmat kedua-dua pemain itu amat diperlukan kerana Perak tidak memiliki pemain yang mempunyai nama besar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.