saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 04/12/2013

'Kami bukan lagi belasahan'

Amiruddin Embi memberi kata-kata semangat kepada pemain bola sepak wanita negara ketika meninjau persiapan atlet yang akan bertanding pada Sukan SEA di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.

KUALA LUMPUR - Tanggapan bahawa skuad bola sepak wanita bakal menjadi mangsa belasahan apabila beraksi pada Sukan SEA 2013 dijangka meleset, sebaliknya pasukan negara memasang misi untuk memburu sekurang-kurangnya pingat gangsa apabila berlepas ke Myanmar.

Ketua pasukan negara, Angela Kais berkata, sekarang adalah masa yang tepat buat mereka membuktikan kepada peminat bola sepak dan rakyat Malaysia bahawa pasukan bola sepak wanita bukan lagi seperti dahulu selepas berjaya mengelak daripada tewas besar kepada pencabar di Piala AYA Bank AFF September lalu.

"Kami semua sudah bersedia untuk beraksi di Sukan SEA dan telah menjalani latihan bersama hampir setahun setengah, sekarang ini kami sudah berada pada tahap 100 peratus terbaik," katanya selepas menerima kunjungan Chef de Mission, Datuk Wira Amiruddin Embi di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Pada Piala AYA Bank AFF 2013 di Yangon, Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Australia, Vietnam, Thailand dan Jordan.

Walaupun tewas semua perlawanan, namun mereka hanya kalah tipis 0-1 kepada Jordan, Australia dan Vietnam, sebelum dibelasah 0-6 kepada Thailand.

Menurut Angela yang juga pernah mewakili negara dalam acara hoki di Sukan SEA 2001 Kuala Lumpur, pasukan negara meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir dan menjadi pasukan kedua terbaik dalam Kumpulan B yang turut menampilkan Thailand serta Laos.

"Jika hendak bercakap soal apa kekurangan saya tidak berani sentuh, orang yang paling arif tentulah jurulatih, Jacob Joseph tetapi sebagai seorang ketua pasukan dan penyerang saya berjanji akan memberikan persembahan terbaik, sekurang-kurangnya membawa pulang satu pingat buat negara," katanya yang tidak beraksi di Sukan SEA 2009 Laos.

Pada temasya 2009 di Laos, skuad kebangsaan hanya menjadi pasukan belasahan dengan menduduki tempat tercorot daripada lima pasukan yang beraksi secara round robin.

Malaysia tewas keempat-empat perlawanan tersebut dengan hanya menjaringkan satu gol dan bolos 34 gol, selepas tumpas 0-14 kepada Thailand, 0-8 kepada Vietnam, 0-5 kepada tuan rumah dan dibelasah Myanmar 1-7.

"Sudah lama kita hanya dipandang sepi berbanding pasukan lelaki tetapi saya rasa sekarang adalah masa yang tepat untuk kembali menarik minat rakyat Malaysia seterusnya mencari lebih ramai lagi pemain untuk bergiat aktif dalam sukan bola sepak.

"Wanita di Malaysia kurang bermain bola sepak, sekali gus kita kekurangan pemain dan tidak mempunyai pelapis, inilah satu-satunya pasukan bola sepak wanita yang ada di dalam negara," katanya.

Skuad bola sepak wanita akan memulakan aksi pertama menentang Laos pada 12 Disember di Stadium Mandalar Thiri, sebelum melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang Thailand pada 14 Disember.

Dua pasukan terbaik kumpulan bakal beraksi di separuh akhir pada 18 Disember dan saingan akhir dan penentuan pingat gangsa pula dijadualkan berlangsung pada 20 Disember.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.