saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 12/12/2013

Rantai pemain Korea Selatan

You Seungju (kiri) adalah penjaring terbanyak pada Piala Dunia Remaja 2013 dengan tujuh gol yang kesemuanya hasil pukulan sudut penalti.

KUALA LUMPUR - Skuad kebangsaan harus berusaha merantai pakar pukulan sudut penalti Korea Selatan pada aksi suku akhir Piala Dunia Remaja 2013, hari ini andai mengimpikan slot ke separuh akhir kejohanan di New Delhi, India itu.

Korea Selatan yang layak ke suku akhir atas tiket selaku naib juara Kumpulan C memiliki pakar pukulan sudut penalti hebat seperti You Seungju.

Ketika ini You Seungju yang menyarung jersi No. 3 adalah penjaring terbanyak pada Piala Dunia Remaja 2013 dengan tujuh gol yang kesemuanya dijaringkan hasil pukulan sudut penalti.

Pengurus skuad remaja kebangsaan, Mirnawan Nawawi turut mengakui, pakar pukulan sudut penalti Korea Selatan itu boleh dianggap sebagai ancaman utama skuad negara dan perlu diberikan perhatian serius oleh Malaysia pada aksi suku akhir.

"Kita akan bermain seperti biasa pada aksi suku akhir dan dalam masa sama juga perlu berhati-hati dengan pakar pukulan sudut penalti Korea Selatan kerana itu adalah kelebihan yang dimiliki pasukan lawan.

"Saya percaya mereka (Korea Selatan) adalah pasukan yang bagus memandangkan mereka berjaya melangkah ke peringkat ini.

"Saya juga menjangkakan aksi Malaysia menentang Korea Selatan akan berlangsung sengit kerana pada peringkat ini semua pasukan akan mempamerkan kekuatan sebenar mereka," kata Mirnawan kepada Utusan Malaysia, semalam.

Malaysia melangkah ke saingan suku akhir selaku juara Kumpulan D selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua tiga saingan peringkat kumpulan yang berlangsung.

Pencapaian terbaik Malaysia pada aksi Piala Dunia Remaja ialah meraih tempat keempat keseluruhan pada 1979, 1982 dan 1985.

Sementara itu, Mirnawan berharap dua pakar pukulan sudut penalti skuad remaja kebangsaan, Muhammad Shahril Saabah dan Mohd. Zulhairi Hashim mampu menjaringkan gol pada aksi menentang Korea Selatan.

"Setakat ini saya puas hati dengan kualiti penyudah pasukan berikutan masih berupaya mendapatkan jaringan menerusi gol padang dan pukulan sudut penalti.

"Selain memiliki dua pakar pukulan sudut penalti kami juga mempunyai penyerang yang konsisten menyumbang gol seperti Muhammad Firhan Ashaari," kata Mirnawan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.