saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 13/12/2013

Harap kos tidak cecah RM80 juta

NAY PYI TAW - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap, penganjuran Sukan SEA 2017, yang bakal diadakan di Malaysia tidak akan mencecah kos RM80 juta.

Meskipun jumlah berkenaan sudah dipersetujui oleh jemaah menteri, beliau berharap ia boleh dikurangkan supaya kerajaan pusat dapat menjimatkan perbelanjaan bagi mengelolakan temasya sukan terbesar yang melibatkan negara Asia Tenggara itu.

"Bila kita anjurkan nanti, kita akan gunakan kemudahan yang sedia ada seperti di Bukit Jalil, jadi mungkin kita hanya perlu melakukan penambahbaikan kemudahan (sukan sedia ada).

"Saya hendak pastikan kos penganjuran itu tidak mencecah RM80 juta, namun tidaklah sehingga standard kita (selaku tuan rumah) turun. Itu kos anggaran dan bukan jumlah sebenar," katanya ketika melawat Perkampungan Sukan SEA 2013 Myanmar semalam.

Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Khairy turut tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa jenis sukan terpilih pada 2017 nanti bakal diadakan di luar Lembah Klang termasuk di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Johor.

"Pusat utama masih lagi di Kuala Lumpur. Kita tidak mahu melibatkan terlalu banyak venue kerana menyusahkan (penganjur) nanti," katanya lagi.

Sementara itu, Khairy juga menyuarakan keyakinan kontinjen negara yang sedang beraksi pada Sukan SEA Myanmar mampu membawa pulang 40 pingat emas seperti yang disasarkan sebelum ini walaupun beberapa sukan utama gagal menyinar.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan akan melakukan bedah siasat mengenai kegagalan sukan berkenaan dalam mencapai sasaran ditetapkan sebelum menentukan jumlah peruntukan tahunan kepada persatuan sukan kebangsaan.

"Saya tidak meletakkan apa-apa keputusan hari ini sebab sasaran 40 emas masih lagi diteruskan cuma perkara ini akan dinilai oleh Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara sebelum dibentangkan kepada saya, jadi bagi saya kita mesti serius dengan sasaran yang kita kemukakan itu," katanya.

Khairy sebelum itu sempat meninjau aksi atlet negara termasuk bagi acara badminton dan sepaktakraw yang berlangsung di Stadium Tertutup Wunna Theikdi. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.