saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 13/12/2013

Nazri bebas ke Kelantan, Farhan-JDT selesai

PETALING JAYA - Nazri Ahmad boleh menarik nafas lega apabila bebas mewakili Kelantan bagi Liga Malaysia musim 2014 setelah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menarik balik tuntutan terhadapnya dan menerima permohonan maafnya menerusi surat rasmi.

Kes bekas pertahanan Johor Darul Ta'zim itu yang dikatakan menandatangani perjanjian tertentu dengan FAS untuk mewakili Selangor sebelum ini, juga tidak dipanjangkan lagi kepada Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang semalam.

Kata Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Takiyuddin Hassan: "Kami telah menerima surat daripada pengadu kes, FAS kepada Setiausaha Agung FAM untuk menarik balik atau menggugurkan tuntutan mereka kerana telah dapat menyelesaikan perkara ini dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

"Hari ini (semalam), Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim hadir (mesyuarat jawatankuasa) dan mereka mengesahkan bahawa kesnya telah selesai. Pemain ini (Nazri) menjadi milik KAFA bagi musim 2014," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Walau bagaimanapun, Takiyuddin mengesahkan bahawa jawatankuasa tidak pula dimaklumkan mengenai sama ada sejumlah pampasan tertentu turut dibayar KAFA kepada FAS bagi menyelesaikan kes pemain berkenaan di luar FAM.

"Kami selesaikannya secara baik kerana tidak mahu hubungan kedua-dua persatuan terjejas. Surat permohonan maaf Nazri juga sudah diterima FAS. (Pampasan KAFA) - tidak timbul soal itu, Selangor faham keadaan kami setelah jelaskan perkara sebenar," kata Azman.

Mengenai penyerang Nor Farhan Muhammad yang turut membuat 'pusingan U' dengan beralih ke Terengganu setelah menandatangani kontrak dengan Johor Darul Ta'zim, kata Takiyuddin, kes mereka diselesaikan dengan sejumlah pampasan dibayar oleh pasukan baharunya kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

"Walaupun ada aduan PBNJ untuk Johor Darul Ta'zim, kami sahkan bahawa kedua-dua persatuan telah dapat selesaikan dengan satu amaun bayaran tertentu oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)" katanya.

Berhubung status Brendan Gan dengan Kelantan, kata Takiyuddin: "Kerana dia lahir di Australia dan hanya bapanya warganegara Malaysia, FAM meletakkannya sebagai tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia dan tidak berhak didaftarkan sebagai pemain tempatan.

"Ada perbezaan antara kerakyatan dengan kewarganegaraan. FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) memperakui kerakyatan seseorang untuk bermain dengan negara kelahiran bapanya tetapi membenarkan negara anggota gabungannya membuat atau meminda peraturan sendiri."

Kata Takiyuddin, jurulatih, K. Devan pula diarahkan mengadakan rundingan semula dengan majikannya, Felda United bagi mencapai persetujuan bersama berhubung penamatan kontraknya dan kembali kepada jawatankuasa itu sekiranya masih gagal menyelesaikannya.

"Kes tuntutan gaji sejak Jun lalu oleh jurulatih, Yunus Aliff dan sembilan daripada 10 pemain Perlis terhadap Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) juga diselesaikan dengan kedua-dua pihak bersetuju menerima tawaran majikan berdasarkan perlawanan terakhir Liga Perdana, 5 Julai 2013, bukannya mengikut tempoh kontrak sehingga November.

"Jawatankuasa juga mendapati penamatan kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) terhadap Jeremy Matthew sebagai salah dan tidak sah tanpa melalui peringkat tertentu tindakan tetapi mengarahkan kedua-dua pihak berunding untuk tentukan jumlah pampasan buat pemain itu," katanya.

Jelas beliau, jawatankuasa juga belum menerima sebarang aduan rasmi Felda United berhubung 'pusingan U' pemain Angkatan Tentera Malaysia, Hairuddin Omar selepas dikatakan sudah menandatangani Borang C-03/2 sebagai persetujuan bermain untuk kelab Kuala Lumpur itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.