saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/12/2013

Shawky yakin gandingan mantap dengan Ghaddar, Forkey Doe

Pemain import Kelantan, Mohamed Ghaddar (kiri) dan Mohamad Shawky.

KOTA BHARU - Tonggak import Kelantan, Mohammad Shawky optimis mampu membentuk gandingan mantap bersama dua bekas rakan lamanya Mohammad Ghaddar dan Francis Forkey Doe dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Shawky yang beraksi di posisi tengah berkata, kedua-dua pemain tersebut pernah beraksi bersamanya ketika mewakili Kelab Mesir, Al-Ahly pada tahun 2010.

Menurut Shawky, kehadiran dua tonggak itu dalam pasukan Kelantan musim hadapan memudahkan tugasnya untuk menyesuaikan diri dan membentuk keserasian mantap di antara mereka bertiga.

"Saya gembira Ghaddar turut berada di sini selain dapat bersama kembali dengan Forkey Doe. Ini satu kelebihan bagi kami bertiga untuk menyesuaikan diri.

"Sebelum datang ke mari, saya sudah bertanya kepada Ghaddar dan dia memberitahu Kelantan mempunyai ramai penyokong serta salah sebuah kelab terbesar di negara ini.

"Sebab itulah saya menerima tawaran untuk beraksi bersama Kelantan dalam saingan Liga M tahun hadapan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Tambahnya, selepas menjalani latihan bersama The Red Warriors dia telah mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai pasukan Kelantan.

Shawky memberitahu, dia sedang berusaha untuk mengenali pemain tempatan termasuk memahami corak permainan Liga M dan bagaimanapun itu bukan masalah besar buatnya untuk berbuat demikian.

Katanya, dia juga mahu berkongsi kemahiran dengan pemain tempatan untuk bersama-sama menguatkan pasukan.

"Ini kali pertama saya berada di Malaysia dan saya perlu tahu corak permainan di sini temasuk mengenali pemain tempatan. Perkara itu akan mengambil masa namun itu bukan masalah besar.

"Saya juga bawa sedikit pengalaman ketika beraksi di negara lain yang mungkin boleh dikongsikan dengan pemain tempatan sekali gus mengeratkan hubungan dan mendapatkan keserasian," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.