saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 11/01/2014

Felda lakar sejarah juarai Liga Futsal Kebangsaan

PEMAIN-pemain Felda United meraikan kejayaan muncul juara Liga Futsal Kebangsaan biarpun saingan liga masih berbaki lima perlawanan selepas menumpaskan Pulau Pinang MPPP 2-1 di Gelanggang Futsal KLS, Sri Gombak semalam.

KUALA LUMPUR - Felda United melakar sejarah apabila dinobat sebagai juara lelaki kejohanan Liga Futsal Kebangsaan FELDA-FAM buat kali pertama ketika saingan masih berbaki lima perlawanan selepas menumpaskan Pulau Pinang MPPP 2-1 di Gelanggang Futsal KLS, Sri Gombak semalam.

Kemenangan ke atas pasukan dari utara tanah air itu menyebabkan Felda tidak mungkin mampu dipintas mana-mana pasukan.

Felda kini mengumpul 72 mata, memegang kelebihan 16 mata ke atas pasukan di anak tangga kedua, Kedah yang mengutip 53 mata.

Ini adalah kemenangan bersejarah buat Felda yang muncul juara liga buat kali pertama, namun ketua jurulatih, Zul Azmi Zulkifli tetap mahu pemainnya meneruskan dominasi liga dan memberi yang terbaik dalam baki perlawanan.

"Memang kami sudah menggenggam gelaran, namun kami mahu meneruskan momentum ini seolah-olah masih memburu kejuaraan.

"Bagi saya, kami layak memiliki kejuaraan ini kerana pemain saya bekerja keras tanpa mengira penat lelah sejak beberapa bulan lalu, malah ada di antara mereka melaksanakan dua tanggungjawab iaitu bersama kelab dan juga skuad kebangsaan," kata Zul Azmi lagi.

Saiful Nizam Mohamad Ali membuka jaringan untuk Felda pada minit ke-14, namun Pulau Pinang bangkit melawan apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-29 menerusi jaringan Muhammad Syafiq Abdul Rashid.

Meskipun skuad Pulau Mutiara itu memberi cabaran getir, Felda ternyata mahu membuktikan yang mereka sebuah pasukan terbaik musim ini apabila Mohd Azwann Ismail sekali lagi meletakkan mereka di depan pada minit ke-31.

Berada pada kedudukan 2-1, mereka berusaha keras mempertahankan kedudukan itu untuk meraih kemenangan yang penuh bermakna.

"Pertembungan hari ini amat getir dan kami bertuah kerana akhirnya tampil selaku pemenang. Pemain mesti lebih tajam di hadapan gol, inilah sebabnya kami setiap perlawanan mendatang amat penting kepada kami," kata Zul Azmi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.