saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 13/03/2014

Jendela perpindahan talian hayat untuk baiki kelemahan pasukan

JODOH tidak berpanjangan, itulah ungkapan yang mampu dilafazkan kepada beberapa pemain terutama pemain import yang terpaksa berpisah dengan pasukan masing-ma­sing. Menjelang jendela perpindahan pemain Liga Malaysia 2014 yang bakal disingkap mulai 23 Mac hingga 22 April ini, sudah ada pasukan yang mengorak langkah memburu pemain baharu bagi memperkasakan jentera mereka dalam mengharungi cabaran, seterusnya melonjakkan pasukan ke kedudukan yang lebih baik.

Meskipun belum sampai detik­nya, beberapa pasukan secara terbuka menzahirkan hasrat untuk melakukan perubahan terutama melibatkan barisan pemain import mereka, antaranya Perak, Terengganu, T-Team, Sarawak, Perlis dan beberapa pasukan lain. Ini dilihat sebagai peluang kedua atau talian hayat buat pihak pengurusan menambah baik struktur pasukan yang sedia ada. Persoalannya, mampukah pemain yang bakal diserap merubah pasukan untuk memacu kejayaan yang diidamkan?

Jika diimbas kembali, musim lalu Pahang antara pasukan bertuah dalam memanfaatkan peluang menyunting pemain import baharu. Kehadiran Matias Conti membawa perubahan besar ke atas jentera serangan mereka. Kemuncak impak kehadiran Matias Conti dihadirkan pada malam final Piala Malaysia 2013 di mana jaringan tunggalnya cukup untuk menjulang Tok Gajah muncul juara baharu piala keagu­ngan negara itu.

Meskipun jodoh Matias Conti bersama Pahang musim ini dilihat seakan tidak panjang, namun penambahan kuota import yang diperkenalkan oleh FAM menyaksikan Conti kekal menabur bakti bagi persaingan 2014.

Timbul persoalan di fikiran, mengapa perlu pertukaran ini ter­utama melibatkan pemain import? Adakah semasa pramusim ada pasukan yang tidak cukup masa untuk menguji dan mencari pemain import yang berkualiti tinggi? Atau mungkin pemain tersebut gagal menyesuaikan diri dengan iklim bola sepak tempatan?

Pasukan Kelantan yang kempunan untuk menggunakan khidmat pemain kacukan Australia dan Malaysia, Brendan Gan pada awal musim kini mampu menarik nafas lega apabila pemain berkenaan dalam proses untuk didaftarkan sewaktu jendela perpindahan ini setelah urusan dokumen bagi melayakkan dia beraksi sebagai pemain tempatan berjaya diselesaikan. Perak yang dibimbing Abu Bakar Fa­dzim turut menguji beberapa calon import baharu bagi menggantikan pemain import yang ada seperti Zelimir Terkes yang ‘tidak membantu’ pasukan.

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut tidak ketinggalan mahu melakukan rombakan pemain melibatkan pasukan Terengganu dan kelab T-Team. Ama­ran kepada pemain import sedia ada telah diluahkan namun pihak persatuan masih memberi peluang buat mereka membuktikan wibawa dalam baki persaingan hingga akhir bulan Mac ini sebelum keputusan dimuktamadkan. Pemain tempatan juga dilaporkan tidak terkecuali dalam rombakan ini. Sarawak pula diberitakan bakal memburu kembali khidmat penye­rang Adelaide United FC, Ryan Griffiths untuk mengisi tempat Alireza Abbasfard dari Iran yang ditamatkan kontrak kerana gagal menyerlah dalam penampilan di pentas liga Malaysia.

Kini beberapa nama besar dikaitkan pada jendela perpindahan kali ini. Ada beberapa bekas pemain import yang pernah menghiasi Liga Malaysia dikhabarkan akan kembali memperagakan aksi kali ini. Tidak kurang juga beberapa pemain tempatan berada dalam radar dan akan berubah haluan. Adakah akan berlaku ‘pertukaran suka sama suka’ pemain antara kedua-dua pasukan terbabit? Agak menarik untuk diperkatakan namun sejauh mana pertukaran pemain mampu membenihkan kejayaan buat pasukan? Sama-sama kita nantikan.

Besar harapan agar proses pertukaran pemain berjalan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah terutama melibatkan kontrak pemain sama ada perpindahan kekal atau secara pinjaman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.