saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 04/04/2014

Kuong Yong dari penyerang ke pertahanan

KUALA LUMPUR - Ketika Pulau Pinang gah di anak di tangga kedua Liga Perdana, mungkin ramai tidak sedar salah seorang pemain yang banyak menyumbang kepada kecemerlangan skuad Harimau Kumbang pada hari ini adalah Yong Kuong Yong yang sanggup melakukan pengorbanan demi pasukan.

Daripada seorang pemain yang beraksi di posisi serangan, bekas pemain Bawah 23 tahun kebangsaan itu kini bermain selaku pertahanan tengah, bergandingan de­ngan pemain dari Korea Selatan, Lee Kwang-Hyun.

Walaupun terpaksa beraksi di posisi yang sedikit asing pada dirinya pada mulanya, pemain ber­usia 25 tahun itu mengakui demi kepentingan pasukan, dia sanggup melakukan apa sahaja dan bersedia membendung kemaraan rangkaian serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) II apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Bandaraya malam ini.

“Apa sahaja yang dimahukan oleh pasukan, saya sedia berkorban memandangkan Pulau Pinang kini sedang mengalami masalah ketara di bahagian pertahanan ekoran masalah kecederaan pemain.

“Darwira Sazan mengalami kecederaan ACL manakala Suhaidi (Akmal) telah menjalani pem­bedah­an jantung, jadi jurulatih sudah tiada pilihan lain selain menggunakan saya di bahagian pertahanan.

“Jurulatih melihat saya ada karakter tersendiri iaitu agresif dan pantas, jadi dia berasakan saya bersesuaian beraksi di bahagian pertahanan dan bergandingan dengan Kwang-Hyun," katanya ketika dihubungi semalam.

Kini sudah sembilan perlawanan pemain yang berasal dari Seremban itu beraksi di bahagian itu.

Menentang JDT II, katanya, tidak banyak yang diketahui mengenai kekuatan pasukan dari selatan tanah air itu memandangkan mereka akan bertemu buat kali pertama selain banyak muka baru dalam skuad kendalian Rajko Magic.

“Apa yang saya tahu mengenai JDT II mereka mempunyai penyerang yang begitu bagus iaitu Braulio Nobrega selain bekas rakan sepasukan saya, See Kok Luen mampu menjadi ancaman kepada kami.

“Namun, bermain di Stadium Bandaraya di hadapan penyokong setia kami, saya rasa ia akan menjadi satu medan berbeza buat kami dan saya yakin tiga mata mampu diperoleh. Kami juga akan cuba mempertahankan gawang agar tidak dibocori lawan," katanya.

Jika Pulau Pinang berjaya meraih mata penuh ke atas JDT II, mereka tentu mengharapkan PDRM agar setidak-tidaknya hanya seri apabila menentang SPA Putrajaya FC di Stadium Petaling Jaya, petang ini.

Namun, ia mungkin satu impian yang tidak kesampaian meman­dang­kan pendahulu liga itu berada di kemuncak prestasi selepas menjinakkan Kedah 3-1 di Stadium Darul Aman minggu lalu melalui ledakan hatrik pemain dari Maldives, Ashfaq Ali.

Satu lagi pasukan yang turut bersaing sengit bagi memburu dua slot ke Liga Super, Felda United juga pasti tidak mahu melepaskan peluang meraih tiga mata penting ke atas DRB-Hicom FC di Stadium Hang Jebat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.