saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/04/2014

Kelantan pecat Steve Darby

KOTA BHARU - Pengurusan The Red Warriors, Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) mengambil langkah drastik apabila menamatkan kontrak jurulatih, Steve Darby berkuat kuasa serta-merta selepas pasukan itu diaibkan de­ngan kekalahan 0-4 kepada Sime Darby dalam perlawanan Liga Super kelmarin.

Bekas pemain Liverpool, Ste­phane Henchoz pula kini dirisik oleh Kafa untuk menggantikan tempat Darby.

Pemecatan jurulatih kelahiran Liverpool itu disahkan oleh Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi entri di laman sosial Facebook miliknya selepas TRW tumpas dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang kelmarin.

Annuar berkata, keputusan menamatkan kontrak Darby dibuat setelah beliau mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan TRW.

Menurutnya, penolong jurulatih, Hashim Mustapha dan Zahasmi Ismail akan mengambil alih buat sementara waktu jawatan yang dikosongkan oleh Darby.

“Keputusan perlawanan ma­lam ini (kelmarin) akan dikaji dengan mendalam oleh sebuah panel dan jika ada lagi perkara yang memerlukan tindakan maka Kafa akan mengambil langkah yang lebih tegas demi bola sepak Kelantan," katanya, di dalam entrinya.

Tambah Annuar, seorang jurulatih baharu akan melaporkan diri dalam masa terdekat.

Dia juga mengakui sedang membuat penelitian untuk mencari jurulatih terbaik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Darby.

Katanya, jurulatih England, Roy Hodgson memperakukan Henchoz, yang juga bekas pemain antarabangsa Switzerland, untuk melatih Kelantan.

“Dia (Henchoz) memperoleh lesen kejurulatihan bersama Gary Neville (bekas pemain Manchester United) dan Ryan Giggs (pemain veteran Manchester United). Kita akan tinjau prospek mendapatkan khidmat jurulatih yang mempunyai pe­ngalaman bermain di tahap tinggi agar ilmu dan pengalaman itu dapat diturun­kan kepada pemain Kelantan.

“Beri saya beberapa hari lagi ke­rana sedang berada di England sekarang," katanya.

Selepas mengharungi saingan Liga Super Kelantan kini menghuni tangga keenam dan mengumpul 20 mata hasil enam kemenangan, lima seri serta dua kalah.

Prestasi hambar pasukan itu menyebabkan Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (TRW KB) lantang mendesak Kafa segera memecat Darby.

Dalam perkembangan lain, Annuar turut mengesahkan Kafa telah mengikat kontrak dengan bintang kebangsaan Ghana, Prince Tagoe dalam usaha menguatkan jentera serangan TRW.

Katanya, pemain tersebut dijangka dapat beraksi buat kali pertama bersama Kelantan dalam pertemuan dengan Sarawak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.