saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/04/2014

George Boateng ganti Steve Darby

KOTA BHARU - Bekas pemain antarabangsa Belanda, George Boateng dilantik sebagai pengendali baharu The Red Warriors bagi menggantikan Steve Darby yang ditamatkan kontrak gara-gara persembahan hambar pasukan itu.

Pelantikannya diumumkan oleh penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menerusi entri di akaun Facebook miliknya malam semalam.

Annuar berkata, semua penolong jurulatih yang mengendalikan pasukan ketika di bawah kendalian Darby masih lagi dikekalkan.

“Jurulatih skuad Piala Presiden, Sideek Samsudin pula dilantik sebagai penolong jurulatih bagi membantu Boateng.

“Tugas Sideek sebagai jurulatih skuad Piala Presiden akan diambil alih oleh Nafuzi Mohd. Zain," katanya dalam entri itu.

Boateng, 38, mencipta nama dalam Liga Perdana Inggeris dan empat kali mewakili Belanda. Kelab terakhir pemain tengah itu sertai ialah T-Team pada musim lalu.

Selaku pengendali baharu Boateng menggalas harapan besar Kafa dalam usaha mengembalikan semula reputasi pasukan yang hilang sengat kebelakangan ini, termasuk tersingkir awal daripada pertandingan Piala AFC.

Dalam entri itu juga, Annuar turut mengumumkan kejutan terbesar apabila menamatkan kontrak penyerang dari Lubnan, Mohamad Ghaddar dan bekas pemain Nigeria, Obinna Nwaneri.

Annuar memberitahu, tonggak pertahanan Iraq, Hussein Alaa Salman dibawa masuk bagi menggantikan Ghaddar untuk kuota pemain Asia.

Katanya, bekas penyerang GHana, Prince Tagoe dibawa masuk untuk menggantikan Nwaneri.

“Mohamad Shawky dan Francis Forkey Doe masih kekal beraksi bersama pasukan Kelantan," ujarnya.

Mengulas mengenai penggantian pemain, Annuar menjelaskan ia dibuat berdasarkan laporan bekas ketua jurulatih sebelum ini.

Ujarnya, ia turut mengambil kira keperluan ketua jurulatih baharu serta kemampuan kewangan pasukan.

“Sebagai menghormati profesionalisme pemain, tiada perbincangan terbuka mengenai sebab sesiapa digugurkan.

“Yang pasti pencapaian The Red Warriors adalah keutamaan dalam sebarang keputusan. Membina kekuatan pasukan akan mengambil masa dan pastinya tidak mudah.

“Namun kami berusaha, pasukan 2014 adalah asas kepada The Red Warriors musim depan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.