saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 30/04/2014

Red Warriors kena potong mata

PETALING JAYA - Jawatan­kuasa Pertandingan Tem­patan (JKPT) Persatuan Bo­la Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan memberikan kemenangan 3-0 ke­pada Terengganu ke atas Kelantan dan membatalkan keputusan seri 1-1 pada pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berlangsung 29 Mac lalu.

Timbalan Pengerusi JKPT, Datuk Osman Salleh berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati Kelantan melakukan kesalahan dengan menurunkan Mohd. Fitrie Omar yang ketika itu sedang digantung permainan.

Berdasarkan keputusan yang dibuat itu katanya, Kelantan kehila­ngan satu mata manakala Terengganu meraih dua lagi mata tambahan menerusi perlawanan itu dan berkuat kuasa serta merta.

“Keputusan itu dibuat selepas kami menilai fakta yang ada dan kami mendapati terdapat satu kesalahan berlaku iaitu dari segi status pemain yang diturunkan. Dalam perlawanan itu Terengganu diberikan kemena­ngan 3-0 dan Kelantan turut diberikan amaran.

“Saya ingin tegaskan di sini, setiap pasukan perlu melihat dengan teliti status seseorang pemain sebelum diturunkan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM di sini semalam.

Sementara itu Pengerusi JKPT, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, perlawanan separuh akhir pertama Piala FA akan berlangsung pada 5 Mei ini melibatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos manakala 6 Mei ini akan menyaksikan pertemuan di antara Kelantan dan Felda United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Katanya, separuh akhir kedua melibatkan Felda United menentang Kelantan akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 30 Mei manakala pertemuan di antara Pahang dan JDT akan berlangsung di Stadium Darul Makmur pada keesokan harinya.

“Final Piala FA 2014 akan berlangsung pada 7 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya menolak permohonan Felda United untuk meminda tarikh perlawanan menentang Negeri Sembilan dan menetapkan perlawanan antara kedua-dua pasukan itu akan tetap diteruskan pada 9 Mei ini mengikut jadual yang ditetapkan.

Afandi juga memberitahu pihaknya bersetuju membenarkan mana-mana perlawanan suku akhir melibatkan saingan Piala Presiden untuk beraksi pada sebelah malam berbanding waktu petang seperti sebelum ini sekiranya terdapat permohonan daripada pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan teliti terhadap lokasi permainan bagi memastikan ia mengikut piawaian yang ditetapkan FAM sebelum dibenarkan beraksi.

“Sekiranya ada pasukan yang berminat, mereka boleh kemukakan permohonan untuk diberikan pertimbangan seperti mana yang dilakukan pasukan Kedah yang meminta untuk mengubah jadual perlawanan mereka dari 4.45 petang kepada 8.45 malam di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.