saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 12/05/2014

Prince Tagoe bakal beraksi

Prince Tagoe

KOTA BHARU - Hasrat penyokong setia The Red Warriors untuk melihat kelibat penggempur baharu Prince Tagoe menyarung jersi pasukan kesaya­ngan mereka akan menjadi kenyataan dalam pertemuan dengan Perak, Sabtu ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa melalui entri laman sosial Facebook miliknya semalam.

Annuar berkata, ejen pemain tersebut telah memaklumkan kepada pihaknya bahawa Tagoe telah menyelesaikan pertikaian dia dengan kelab lamanya di Tunisia iaitu African Club.

Menurutnya, Tagoe membuat pengorbanan untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana hasratnya beraksi bersama The Red Warriors semakin memuncak dan berharap dapat beraksi dengan segera.

“Surat yang disaksikan oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah di Kota Bharu telah dihantar ke Tunisia.

“Dengan itu, urusan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dapat diuruskan segera oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.

Dalam pada itu, Annuar berharap FAM dapat membantu pihaknya menyelesaikan perkara itu kerana ia di luar bidang kuasa mereka.

“Insya-Allah kita harap ­khidmat Tagoe dapat digunakan pada perlawanan akan datang di gelanggang sendiri Sabtu ini," ujarnya.

Seandainya Tagoe dapat beraksi pada Sabtu ini, ianya pasti memberikan kelebihan kepada pengendali Kelantan, Goerge Boateng untuk menambah se­ngat di bahagian jentera sera­ngan Kelantan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.