saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/06/2014

Tiada lagi siaran percuma Piala Dunia - Shabery

PUTRAJAYA - Rakyat perlu bersedia menerima hakikat bahawa mereka mungkin tidak akan berpeluang menonton kejohanan bola sepak Piala Dunia secara percuma pada masa hadapan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata, ini kerana kos mendapatkan hak siaran eksklusif kejohanan tersebut meningkat setiap kali penganjurannya, selaras dengan perubahan kecanggihan teknologi produksi yang digunakan.

Beliau berkata, pada tahun ini sahaja, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membelanjakan RM20 juta untuk mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia 2014.

"Saya menjangkakan kos mendapatkan hak penyiaran pasti akan terus meningkat, mungkin kepada RM40 juta hingga RM50 juta pada masa akan datang," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pra pelancaran sambutan Kemerdekaan ke57 di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan rakyat berhubung ketidakseragaman penyiaran perlawanan di beberapa saluran televisyen.

Pada masa sama, Ahmad Shabery berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa keputusan berhubung penyiaran semua perlawanan Piala Dunia bergantung kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Kita kena faham sukan sudah menjadi mahal kerana ini merupakan sebuah industri besar, dulu kita anggap sukan untuk dapatkan pingat dan menjaga kesihatan sahaja.

"Oleh itu, industri besar ini perlu dilindungi oleh pihak yang mengasaskannya, dalam konteks ini ialah FIFA," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bukan semua negara menyediakan siaran perlawanan Piala Dunia secara percuma kepada rakyat masing-masing.

Beliau memberi contoh Singapura dan Britain yang menetapkan penduduk negara berkenaan perlu membuat pembayaran untuk menonton perlawanan kejohanan tersebut.

"Paling banyak pun mereka hanya boleh melihat sedikit sedutan-sedutan perlawanan sahaja, tetapi di Malaysia masih beruntung kerana dapat lihat sebahagian secara percuma melalui RTM," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.