saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 26/07/2014

Azizulhasni mohon maaf

Azizulhasni Awang menunjukkan sarung tangan 'Save Gaza' kepada jurukamera televisyen selepas menamatkan saringan pecut acara berbasikal trek di Glasgow kelmarin.

GLASGOW - Jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang telah mengemukakan permohonan maaf secara rasmi kepada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kerana menunjukkan sokongan secara terbuka kepada penduduk Gaza, Palestin ketika beraksi pada pusingan awal acara pecut di Velodrom Sir Chris Hoy, kelmarin.

Pelumba berusia 26 tahun itu mengundang kontroversi apabila memakai sarung tangan 'Save Gaza' sepanjang perlumbaan, sebelum menunjukkan sarung tangan tersebut kepada kamera televisyen.

CGF telah meminta pegawai Malaysia mengemukakan laporan berhubung insiden berkenaan dan tidak menolak untuk mengambil tindakan kerana tidak mahu Sukan Komanwel dijadikan platform politik.

Azizulhasni sudahpun mengambil inisiatif dengan memohon maaf secara terbuka menerusi Facebook, manakala Ketua Kontinjen Sukan Komanwel Malaysia, Datuk Ong Poh Eng pula akan menulis surat rasmi kepada CGF mengenai permohonan maaf pelumba itu, sambil memberi jaminan insiden tersebut tidak akan berulang.

"Saya meminta maaf kepada mereka yang salah faham terhadap mesej yang cuba saya sampaikan. Tiada kena mengena dengan bantahan politikal.

"Jauh di sudut hati saya, saya mahu menunjukkan rasa kemanusiaan. Sejak bila menyuarakan rasa kemanusiaan dianggap sebagai politikal?

Status Azizulhasni di akaun Facebook.

"Apa pun, saya minta maaf kepada mereka yang menganggap tindakan saya itu salah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang memberi sokongan kepada saya dan mendoakan saya.

"Tiada kata-kata yang dapat mengambarkan perasaan saya.

"Untuk pengetahuan semua, saya masih boleh berlumba hari ini (semalam) tetapi tanpa sarung tangan 'Save Gaza'. Terima kasih semua dan saya benar-benar menghargai anda," kata Azizulhasni dalam status di Facebook.

Poh Eng berkata, beliau telah bercakap dengan Azizulhasni mengenai perkara tersebut dan pelumba itu bersetuju untuk memohon maaf kepada CGF.

"Dia (Azizulhasni) sangat emosi terhadap apa yang berlaku di Gaza, namun saya beritahu dia, walau bagaimanapun kita bersimpati, tindakannya itu melanggar peraturan CGF.

"Azizul bersetuju untuk mohon maaf kepada CGF dan saya akan menulis surat kepada mereka untuk memberi jaminan bahawa Azizul tidak akan mengulangi perbuatannya," kata Poh Eng.

Sementara itu Ketua Eksekutif CGF, Mike Hooper berkata, pihaknya menghormati hak sesiapa pun untuk memprotes tetapi bukan dilakukan di venue sukan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.