saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 07/08/2014

Anuar ganti Azraai latih kelab T-Team

ANUAR Abu Bakar

KUALA TERENGGANU - Tanda tanya berhubung ketua jurulatih pasukan T-Team kini terungkai apabila jawatan itu digalas oleh bekas penolong jurulatih pasukan PKNS, Anuar Abu Bakar.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Pengurus T-Team, Datuk Rozi Mamat di sini semalam.

Rozi berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi T-Team baru-baru ini dan Anuar, 43, sudah memulakan tugasnya.

Beliau memberitahu, sebelum itu pihaknya telah menyenarai pendek beberapa calon untuk mengisi kekosongan itu selepas peletakan jawatan Mohd. Azrai Khor Abdullah tempoh hari.

Menurutnya, keputusan melantik Anuar sebagai ketua jurulatih T-Team setelah yakin dengan kemampuan serta kredibiliti bekas pemain kebangsaan itu, selain berpengalaman luas dalam sukan bola sepak.

"Kami dah putuskan melantik Anuar Abu Bakar sebagai ketua jurulatih T-Team yang baharu, menggantikan Mohd. Azrai yang meletakkan jawatan sebelum ini.

"Kami juga berharap beliau (Anuar) mampu memikul tanggungjawabnya yang lebih besar untuk membantu T-Team mengharungi Piala Malaysia musim ini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan negeri di sini.

Rozi berkata, tugas penolong jurulatih pula akan dipikul oleh jurulatih pasukan Piala Presiden Terengganu, Azhari Salim bagi menggantikan Azlan Johar yang juga meletakkan jawatan.

Jelas beliau, pihaknya juga meletakkan sasaran T-Team mara ke suku akhir pertandingan Piala Malaysia musim ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.