saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 22/08/2014

FAM terima laporan pengadil diserang

SEKITAR mata kanan Wan Mohammad Tarmizi bengkak selepas dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali selepas perlawanan JDT dengan ATM di Johor Bahru kelmarin.

KUALA LUMPUR - Isu keganasan bola sepak tempatan kini mencapai tahap semakin membimbangkan apabila pengadil yang bertugas mengadili perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan ATM pula menjadi mangsa peminat di luar kawasan stadium.

Pengadil berkenaan, Wan Mohammad Tarmizi mendapat kecederaan pada mata kanan apabila ditumbuk oleh lelaki tidak dikenali ketika dia dalam pulang ke hotel dia menginap di Jalan Langkasuka pada pukul 11.50 malam semalam.

Lelaki berkenaan, menurut Wan Mohammad dalam laporannya kepada pihak polis, memakai beret merah dan seluar celoreng, tiba-tiba datang dan melibas mukanya sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal Yamaha LC bersama seorang lagi yang sedia menunggu.

Serangan itu menyebabkan Wan Mohammad mengalami bengkak di sekitar mata kanan dan patah gigi. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Larkin.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan mereka telah menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Goh Ah Chai berkata, pihaknya bimbang dengan kejadian itu dan menjangkakan kawalan keselamatan para pengadil akan diperketatkan dalam perlawanan akan datang.

"Memang benar pengadil Wan Mohammad Tarmizi telah diserang oleh seseorang yang tidak dikenali dan FAM kesal dengan kejadian tersebut.

"Laporan polis telah dibuat oleh pengadil itu dan kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan. Selepas ini kami tidak akan berkrompomi lagi mengenai soal keselamatan pengadil," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berlainan melibatkan jaringan pasukan Lions XII ketika bertemu Pahang, Ah Chai berkata, jaringan itu tiada sebarang masalah untuk disahkan kerana selagi penolong pengadil tidak mengangkat bendera atau wisel tidak ditiupkan oleh pengadil, permainan sewajarnya diteruskan.

"Pengadil perlawanan adalah pihak yang berkecuali di atas padang. Tidak timbul masalah jika bola mengenai kaki pengadil kerana masih kekal dalam permainan.

"Situasi ini sama juga jika bola terkena tiang penjuru padang dan bola masuk balik ke dalam padang, peraturannya mudah iaitu selagi pengadil berkata jangan berhentikan permainan, bola itu masih dalam permainan," katanya.

Jaringan yang dicipta oleh Faris Ramli pada masa kecederaan ketika menentang Pahang di Stadium Jalan Besar dianggap sesuatu yang pelik oleh ketua pasukan Pahang, Razman Roslan kerana penolong pengadil, Sabri Mat Daud tidak mengangkat bendera walaupun bola mengenai kakinya di atas garisan.

Pahang bagaimanapun masih membawa pulang tiga mata penuh setelah menang 2-1.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.