saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/10/2014

Tengku Abdullah jawab persoalan hari ini

KUALA LUMPUR - Persoalan mengenai pendirian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung desas-desus beliau akan bertanding jawatan Exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka terjawab menerusi sidang akhbar khas di ibu negara hari ini.

Bukan itu sahaja, persoalan me­ngenai sama ada beliau akan melepaskan jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) juga mungkin diumumkan oleh Tengku Abdullah di dalam sidang akhbar itu.

Namun, spekulasi yang sedang hangat diperkatakan adalah beliau dijangka bertanding untuk merebut salah satu daripada dua slot yang diperuntukkan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk kerusi Exco FIFA bagi penggal 2015-2018.

Utusan Malaysia pada 14 Oktober lalu melaporkan mengenai Tengku Abdullah dikatakan mahu menawarkan diri dan jika beliau berjaya pasti memberikan manfaat besar kepada bola sepak negara bagi jangka masa panjang.

Penganalisis sukan Rizal Hashim berkata, jika benar Tengku Abdullah berbuat demikian dan berjaya, jawatan itu dapat membantu mempeetingkatkan bola sepak tempatan secara tidak langsung kerana beliau akan mempunyai akses untuk mendapatkan pakar-pakar serta jurulatih terbaik di dunia.

Baginya, buat masa ini kekura­ngan yang dihadapi oleh bola sepak Malaysia hanya satu iaitu ketiadaan ramai jurulatih dan penasihat teknikal yang boleh membantu dalam aspek pembangunan peringkat akar umbi.

"Selama ini, di peringkat FAM bukan satu isu bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam aspek pengurusan serta seminar bola sepak. Masalah kita cuma iaitu susah hendak dapatkan jurulatih bertaraf dunia.

"Kalau Tengku Abdullah dapat menjadi salah seorang Exco FIFA, saya cuma harap beliau mampu menggunakan kedudukannya itu untuk mendapatkan beberapa jurulatih yang berpengalaman, bukan sahaja di peringkat senior tetapi juga akar umbi kerana beliau menjadi salah seorang pembuat dasar dalam badan tertinggi bola sepak dunia.

"Lihat sahaja Thailand yang mampu mendapatkan beberapa jurulatih ternama bagi membantu program pembangunan bola sepak mereka dan antara yang terbaik di rantau Asia buat masa sekarang kerana Presiden Bola Sepak Thailand, Worawi Makudi menjadi salah seorang exco FIFA," katanya ketika dihubungi semalam.

Menjelaskan lagi situasi bola sepak tempatan, Rizal berkata, sistem pembangunan bola sepak di negara ini berbeza dengan negara-negara lain.

Malaysia, katanya, memerlukan beberapa jurulatih bertaraf dunia di peringkat akar umbi yang boleh bekerjasama secara rapat dengan Kementerian Pelajaran kerana pemain tidak dilahirkan di peringkat kelab dan membantu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

"Apa yang diperlukan dalam bola sepak tempatan sekarang adalah jurulatih-jurulatih ternama yang boleh memperbaiki struktur pembangunan bola sepak tempatan supaya para pemain sudah memahami erti profesional sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

"Saya tahu apa yang dicakapkan ini boleh mengundang kemarahan jurulatih-jurulatih tempatan kita yang berkecimpung dalam aspek pembangunan namun inilah hakikat yang kita perlu terima.

"Inilah kekurangan kita sebenarnya dan kita terlalu berlebihan dalam memberi tumpuan apabila para pemain ini mencapai umur yang disifatkan sudah senior dan tidak boleh diperbetulkan lagi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.