saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/10/2014

Giger sekat Platt di peringkat ketiga

PENDAHULU kategori selepas tamat peringkat ketiga LIMBC Tradewinds 2014 (dari kiri) Mads Boedker, Eva Lechner, Karl Platt, Seree Ruangsiri dan Nicholas Craig meraikan kejayaan masing-masing selepas menerima jersi masing-masing di Langkawi semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

LANGKAWI - Juara 2012 Fa­bian Giger dari pasukan Giant Pro XC muncul juara peringkat ketiga Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) Tradewinds 2014 bagi kategori elit lelaki di sini semalam, namun bintang Bulls, Karl Platt masih mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.

Peringkat ketiga melibatkan laluan sejauh 27 kilometer (km) dengan tiga pusingan di trek yang diberi nama Langkawi Marathon, berlangsung sengit dalam usaha Giger berjaya menyekat Platt daripada mencatat kemenangan hatrik.

Pakar berbasikal bukit No. 3 dunia itu mencatat masa tiga jam 14 minit 21.70 saat untuk mengetepikan pelumba kebangsaan Slovakia, Michal Lami di tempat kedua (3'15:35.10s) diikuti Platt ketiga (3'15:36.30s).

Menurut Giger, walaupun muncul juara peringkat ketiga, dia masih kurang berpuas hati kerana pelumba Jerman, Platt masih menguasai jersi kuning, dan dapat merampasnya nanti.

"Saya sangat seronok berbanding hari-hari lalu walaupun terpaksa mengharungi cuaca panas di sini selain berhadapan dengan pelumba yang lebih hebat (Karl dan Michal). Sudah pasti ketika mendaki yang paling sukar.

"Saya sukakan trek ini berbanding trek tahun lepas sebab kami banyak menunggang daripada mendaki. Kelebihan saya ketika mendaki, saya meninggalkan Karl ketika itu," katanya yang membawa pulang AS$750 dolar (RM2,462).

Hasrat melihat pelumba negara, Muhamad Fauzan Ahmad Lutfi mengisi kelompok 10 terbaik dalam peringkat ketiga kategori elit lelaki tidak kesampaian apabila dia sekadar menamatkan saingan di tangga ke-32 dengan mencatat masa 3'47:19.40s.

Platt masih mengunggu­li perlumbaan keseluruhan elit lelaki dengan masa keseluruhan 7'33:02.60s, diikuti Lami (7'34:00.20s) dan Giger (7'37:42.70s).

Sementara itu, Mohd. Shafari Abd. Malik yang mewakili Kedah, terpaksa melepaskan jersi hijau selaku pendahulu lelaki terbuka setelah menamatkan saingan semalam di tempat ketiga dengan masa 2'34:28.80s.

Seperti dijangka, Mohd. Shafari menerima tentangan sengit dari pelumba Endurace Thailand, Surachet Sing-Jui yang muncul juara dengan masa 2'26:43.40s.

Rakan sepasukannya, Seree Ruangsiri di tangga kedua dengan masa 2'26:43.80s dan membolehkannya merampas kedudukan pendahulu saingan dengan masa keseluruhan 7'39:49.80s.

"Ini trek yang paling mencabar, sangat meletihkan. Mujur kaki tidak kejang ketika mendaki. Saya terjatuh, hampir-hampir melanggar pokok. Basikal langgar pokok, dan saya ke tepi.

"Pusingan pertama tadi salah jalan, jadi saya patah balik. Mungkin kondisi badan sangat teruk hari ini selain saya mengerah tenaga yang banyak pada perlumbaan semalam," kata Mohd. Shafari yang mengumpul masa keseluruhan 7'45:15.50s.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.