saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/10/2014

India musnah harapan Malaysia

PEMAIN Malaysia, Muhd. Abu Hasan (kanan) mengasak pemain India, Simranjeet Singh (tengah) dalam perlawanan hoki Piala Sultan Johor di Johor Bahru semalam. India menang 4-2.

JOHOR BAHRU - Biarpun bermula dengan menarik, Malaysia akhirnya tunduk 2-4 kepada India pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2014 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini semalam.

Keputusan itu membuatkan skuad kendalian jurulatih Arul Selvaraj gagal untuk beraksi dalam perlawanan klasifikasi merebut tempat ketiga dan keempat.

India selesa pada babak pertama apabila mendahului 2-0 menerusi pukulan sudut penalti Harmanpreet Singh pada minit ke-25 dan ke-27.

Pasukan negara mempertingkatkan serangan sebaik separuh masa kedua dimulakan dan merapatkan kedudukan menerusi Sufi Ismat Rohulamin pada minit ke-37.

Malaysia seolah-olah mampu bangkit dengan sempurna apabila Azril Misron menyamakan kedudukan pada minit ke-42, namun Harmanpreet menjaringkan gol ketiganya menerusi sudut penalti minit ke-55 dan Varun Kumar menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-65 untuk gol keempat India.

Sementara itu, New Zealand menundukkan Pakistan 3-2 manakala Britain membelasah Australia 5-1.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.