saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/10/2014

Chilaw Marians selesa dengan kemenangan besar

PEMUKUL pembukaan Chilaw Marians, Rukshan Fernando melakukan pukulan sisi sewaktu pertemuan dengan Bright Sports dalam pertemuan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang semalam. - UTUSAN/IZHAM JAAFAR

KUALA LUMPUR - Chilaw Marians dari Sri Lanka menang besar; 208 larian ke atas wakil Bangladesh, Bright Sports da­lam saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa yang berlangsung di Bayuemas Oval, Klang semalam.

Juara bertahan itu mengumpulkan 281-7 dalam peruntukan 50 over dan seterusnya menamatkan ining lawan setakat 53 larian selepas sajian tengah hari yang turut terganggu oleh hujan.

Dengan kemenangan ke­empat itu, Chilaw Marians akan menunggu sama ada Melayu Malaysia atau Bright Sports dalam babak akhir Ahad ini.

Apapun, Melayu Malaysia perlu menumbangkan Bright Sports hari ini untuk layak ke penentuan aksi merebut Piala Tun Ahmad Sarji itu.

Penganjur, Persatuan Kriket Melayu Malaysia juga menyediakan hadiah wang lumayan dalam pertandingan yang dianjurkan sejak 2012.

''Kami tidak berpeluang hari ini kerana angka tinggi dikumpulkan Chilaw Marians,'' kata ketua kontinjen Bright Sports, SM Mortuza Raihan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.