saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2014

Saya rai kemenangan - TMJ

JOHOR BAHRU - Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata tin­dakannya menendang tiang bendera sudut padang hanyalah sekadar aksi meraikan kemenangan Johor Darul Ta'zim ke atas Terengganu 3-1 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia kelmarin.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) itu berkata, aksi yang dilakukannya itu tidak lebih sekadar aksi seorang peminat sukan meraikan kemenangan pasukan kesayangan.

Ujarnya, perkara utama yang seharusnya mendapat tumpuan ramai dan menjadi sebutan selepas perlawanan kelmarin adalah kejayaan JDT melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia dan bukannya perbuatan tersebut.

"Sebelum perlawanan, adik saya bertanya bagaimana saya akan meraikan jika JDT berjaya menewaskan Terengganu, saya kata mungkin saya akan buat seperti apa yang dilakukan oleh Zlatan Ibrahimovic.

"Itulah yang saya lakukan selepas perlawanan tersebut, saya bukannya menendang sesiapa tetapi cuma mahu menunjukkan rasa puas terhadap pencapaian JDT setelah pelbagai isu negatif dilemparkan kepada pasukan ini," katanya dalam sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kritikan segelintir pihak terhadap perbuatannya itu. Video yang merakamkan perbuatan Tengku Mahkota Johor itu menjadi viral di media sosial.

Tunku Ismail turut mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen tempatan menyiarkan perbuatannya itu hanya ketika aksinya menendang tiang bendera sehingga menimbulkan salah faham penonton.

"Pihak media juga mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan perkara dengan fakta yang tepat dan bukan sebaliknya kerana media merupakan rujukan ramai pihak.

"Mengapa ketika saya memberi penghormatan kepada sekumpulan penyokong Terengganu yang hadir ke stadium semalam (kelmarin) tidak ditunjuk, tetapi sebaliknya aksi itu yang ditayangkan malah secara separuh sahaja," ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan PBNJ telah memeterai perjanjian kerjasama dengan kelab Bundesliga, Borussia Dortmund bagi tujuan pembangunan bola sepak negeri.

"Kerjasama dengan pasukan itu membabitkan pembangunan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya, selain peminjaman tenaga pengajar pakar yang tidak dimiliki di negara ini.

"Persetujuan kerjasama yang ditunjukkan antara pasukan tersebut dengan PBNJ menunjukkan kepercayaan mereka terhadap perancangan dan keupayaan dimiliki persatuan ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan sokongan terhadap tindakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Jika tindakan tersebut dapat membantu meningkatkan mutu sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya, maka saya memberikan sepenuh sokongan kepada usaha beliau," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.