saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2014

TMJ ada kredibiliti jadi pemimpin - Presiden FAM

KUALA LUMPUR - Walaupun masih terlalu awal memperkatakannya, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menafikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) ada keupayaan menjadi pemimpin bola sepak negara pada masa depan.

Enggan menyatakan sama ada Tunku Ismail atau Tunku Mahkota Johor(TMJ) bakal menjadi penggantinya pada masa depan, Tengku Abdullah berkata, perkara itu seeloknya dibiarkan kepada 39 wakil persatuan bola sepak negeri dalam membuat keputusan.

Baginya, pelantikan TMJ sebagai penasihat kepada beliau adalah kerana mahu membantu Presiden PBNJ berkenaan selain mahu bersifat terbuka mendengar sebarang idea bagi membangunkan sukan bola sepak di negara ini.

"Sepertimana semua orang tahu, TMJ adalah pemimpin masa depan dan cukup minat dengan sukan bola sepak, sekiranya beliau memerlukan sebarang khidmat nasihat daripada saya, setiap masa saya bersedia hulurkan bantuan.

"Saya tidak nafikan beliau ada idea tersendiri dalam memajukan sukan bola sepak dan itu sebab saya melantik beliau sebagai penasihat kepada saya dalam FAM.

"Dalam masa sama, saya faham niat TMJ ingin membantu dan kita terima dengan hati terbuka. Namun soal adakah dia akan menjadi pengganti saya...perkara itu saya serahkan kepada 39 orang yang akan memilih siapakah presiden FAM pada masa akan datang," katanya selepas sidang akhbar khas mengenai hasrat beliau untuk bertanding Exco FIFA 2015-2018 di ibu negara semalam.

Semasa mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan 3 Oktober lalu, Tengku Abdullah melantik Tunku Ismail sebagai Penasihat FAM dalam segala urusan bola sepak negara.

Sementara itu Tengku Abdullah tidak melihat hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Exco FIFA akan mengganggu tugasan hakikinya selaku Presiden FAM dan Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF).

"Saya sama sekali tidak berhasrat melepaskan jawatan atau berasakan tanggungjawab saya semakin terbeban sekiranya saya menang jawatan Exco FIFA sekali pun kerana saya bukannya akan berada di sana setiap masa.

"Tugas saya hanya pembuat dasar sahaja di FIFA dan mesyuarat di peringkat AHF pula hanya tiga bulan sekali, jadi saya rasa masih boleh membahagikan masa dengan baik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.