SUKAN TEMPATAN
ARKIB : 18/10/2014
Terlalu hormat punca Terengganu kalah
KUALA TERENGGANU - Pengendali Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim menyifatkan anak-anak buahnya terlalu menghormati pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) sehingga menyebabkan mereka gagal beraksi cemerlang ketika tumpas 1-3 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Johor Bahru kelmarin.
Menurut Abdul Rahman, disebabkan rasa 'hormat' itu, pemain Terengganu gagal memberi tekanan kepada tuan rumah sekali gus merosakkan permainan pasukan secara keseluruhannya.
"Saya rasa 20 minit pertama kita tak main bola dan pemain-pemain kita terlalu banyak memberi ruang dan peluang kepada JDT untuk mengawal permainan.
"Masuk separuh masa kedua, saya beritahu pemain supaya jangan terlalu hormat kepada JDT sebab mereka yang banyak kacau kita dan kita tak banyak kacau mereka.
"Tapi inilah Johor Darul Ta'zim. Mereka bermain dengan baik dan kita tahu pemain-pemain mereka sangat berbahaya," katanya semalam.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman bagaimanapun menafikan bahawa kontroversi yang melanda pasukannya termasuk isu pertukaran tarikh perlawanan serta pengagihan tiket mengganggu konsentrasi anak-anak buahnya di atas padang.
"Saya rasa ini tidak ada apa cuma pemain-pemain terlampau hormat pasukan lawan. Maka, sebab itulah saya suruh mereka bermain lebih garang sedikit dan beri tekanan kepada lawan khususnya pada separuh masa kedua," ujarnya.
Dalam pada itu, kira-kira 5,000 penyokong tuan rumah yang tidak dapat berkunjung ke Larkin berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini bagi menyaksikan perlawanan tersebut yang disiarkan secara langsung menerusi skrin besar hasil inisiatif kerajaan negeri.
Walaupun kecewa dengan keputusan itu, rata-rata mereka berpuas hati kerana skuad Penyu masih mempamerkan semangat perjuangan yang kental meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sebelum perlawanan itu bermula.
Pahang belasah Kedah, mara ke final Piala Malaysia
Pahang belasah Kedah, mara ke final Piala Malaysia
Tengku Abdullah sah bertanding
Saya rai kemenangan - TMJ
TMJ ada kredibiliti jadi pemimpin - Presiden FAM
Hadiah istimewa buat anak - Safiq
Terlalu hormat punca Terengganu kalah
6 pemain tempatan bakal perkuatkan skuad Bujang Senang musim depan
BAM masih ada 2 bulan lagi
PKBM terseksa tunggu keputusan
Siapa jaguh LIMBC 2014?
Lechner hampiri kejuaraan wanita elit
Tengku Abdullah sah bertanding Exco FIFA
Jurulatih BAM tutup mulut
Tengku Abdullah jawab persoalan hari ini
Safiq Rahim terajui kemaraan JDT ke separuh akhir
Lambat dapat duit jadi alasan
Hari penentuan PKBM digantung atau dilepas?
Kualiti padang Stadium Nasional buat Dollah bimbang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












