saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2014

6 pemain tempatan bakal perkuatkan skuad Bujang Senang musim depan

KUCHING - Enam pemain tempatan, antaranya bekas pemain kebangsaan bakal menjadi anggota terbaharu skuad Sarawak bagi menghadapi musim Liga Malaysia tahun depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman berkata, tiga daripada pemain itu sudah menandatangani kontrak, dua lagi telah menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) dan seorang lagi sudah menyatakan persetujuan.

Katanya, nama-nama pemain berkenaan tidak dapat didedahkan buat masa ini kerana masih mempunyai kontrak, namun mereka akan mengisi kekosongan di bahagian tengah, sayap dan pertahanan.

"Sebanyak 14 pemain Sarawak musim 2014 telah menandatangani perjanjian untuk kekal bersama kita, manakala lima pemain lagi masih dalam pertimbangan bagi melihat sama ada mereka sempat pulih daripada kecederaan ketika musim baru bermula.

"Pemain itu adalah Zamri Morshidi, Reeshafiq Alwi, Azizan Saperi, Dalglish Papin Test dan Mohd. Lot Abu Hassan (masalah keluarga). Dua pemain Piala Pre­siden 2014 juga akan diserap ke skuad senior iaitu Shreen Tambi dan Florian Rison Laes," katanya dalam sidang akhbar mengenai status terkini pasukan Sarawak di sini semalam.

Tambahnya, bagi Muamer Salibasic, pihaknya sedang menunggu keputusan rawatan rapi yang dilakukan pemain Bosnia itu di Kuala Lumpur. Dia akan tamat sesi rehabilitasi akhir pada Isnin depan.

"Daripada keputusan itu nanti, barulah kita dapat membuat keputusan sama ada dia akan kekal atau sebaliknya.

"Kita berharap dia akan kembali cergas dan pemilihan pengisian seorang lagi pemain import hanya dapat diputuskan bergantung kepada keadaan Salibasic," jelasnya.

Sudarsono berkata, beliau yakin dengan senarai pemain musim depan, pasukan Bujang Senang mampu mempamer permainan yang lebih baik berbanding musim ini ekoran beberapa pemain penting mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihak FAS juga akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) pada 1 November hadapan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.