saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2014

BAM masih ada 2 bulan lagi

KUALA LUMPUR - "Saya tidak tahu (isu kontrak jurulatih), itu urusan pejabat. Tidak apa, masih ada dua bulan lagi."

Itu reaksi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff semalam ketika ditanya mengenai kontrak jurulatih kebangsaan yang kebanyakannya akan tamat hujung tahun ini.

Beliau terdahulu menghadiri pertemuan selama hampir sejam bersama barisan jurulatih kebangsaan, tetapi menafikan bagi membincangkan mengenai kontrak mereka sebaliknya memberitahu mesyuarat itu tertumpu kepada persiapan skuad badminton negara untuk ke temasya sukan yang akan berlangsung pada masa akan datang.

"Kami tidak berbincang mengenai kontrak, hari ini (semalam) kami berbincang mengenai persiapan ke Sukan SEA di Singapura dan Sukan Olimpik Rio 2016," katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Dalam pada itu, Tengku Mahaleel menyatakan, BAM tidak pernah menawarkan gaji lumayan melebihi AS$20,000 (RM65,500) sebulan kepada jurulatih dari China, He Guoquan sebaliknya jumlah yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada itu.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan kesanggupan BAM menawarkan gaji lumayan kepada Guoquan meskipun dia masih belum membuktikan kemampuannya selaku jurulatih hebat.

Sumber BAM yang lain pula memberitahu Utusan Malaysia bahawa gaji yang ditawarkan oleh badan badminton tersebut kepada Guoquan sebenarnya hanyalah sekitar RM33,000.

Bagaimanapun, jumlah itu juga dilihat masih terlalu tinggi, iaitu sekali ganda lebih tinggi daripada RM15,000 yang pernah dibayar oleh BAM kepada nama besar Li Mao, jurulatih perseorangan lelaki terakhir dari China yang pernah membimbing pasukan senior kebangsaan.

Biarpun jumlah itu tidak setinggi yang digembar-gemburkan sebelum ini, ia tetap menimbulkan rasa tidak gembira dalam kalangan jurulatih tempatan, apatah lagi kebanyakan pencapaian yang diraih Malaysia sejak beberapa tahun ini adalah menerusi pemain yang dibimbing mereka.

Hampir semua jurulatih utama negara akan tamat kontrak pada hujung tahun ini termasuk Rashid Sidek, Tey Seu Bock, Rosman Razak, Pang Cheh Chang, Jeremy Gan dan Wong Tat Meng, manakala kontrak Wong Pei Tty telah tamat Ogos lalu dan masih belum diperbaharui.

Sementara itu, Tengku Mahaleel menyifatkan, Institut Sukan Negara (ISN) memiliki laporan serta analisis lengkap bagi setiap pemain dan perlawanan yang boleh dijadikan panduan bagi setiap jurulatih untuk merangka pelan pembangunan pemain jangka panjang serta jangka pendek.

Katanya, laporan yang disediakan ISN merupakan keperluan asas utama yang diperlukan setiap jurulatih untuk merangka strategi latihan berkesan bagi setiap pemain di bawah kendalian mereka.

"Kenapa kita perlu bazirkan wang yang banyak untuk mengambil orang lain sedangkan ISN memiliki kepakaran mencukupi dalam bidang teknikal dan setiap bulan kami menerima laporan daripada mereka.

"Berdasarkan kepada laporan serta penilaian yang dibuat, jurulatih dapat mengetahui segalanya mengenai permainan, kedaan fizikal pemain dan seterusnya boleh memikirkan kaedah untuk memajukan pemain mereka. Benda ini dari dulu sudah ada, cuma kita yang tidak gunakan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.