saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2014

Siapa jaguh LIMBC 2014?

LANGKAWI - Perlumbaan peringkat terakhir dalam Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) Tradewinds 2014 di sini hari ini bakal menyaksikan pertarungan sengit tiga pelumba Eropah bagi merebut kejuaraan kategori elit lelaki.

Pelumba kebangsaan Slovakia, Michal Lami yang merupakan pendatang baharu LIMBC setakat ini mendahului dengan masa lapan jam 45 minit 18.50 saat.

Dia bagaimanapun diekori rapat juara 2011, Karl Platt dari pasukan Bulls yang hanya ketinggalan satu minit 15 saat di belakangnya, diikuti pelumba Giant Pro XC, Fabian Giger (juara 2012, +3:38.60s).

Lami, 28, berkata dia tiada sebarang ramuan istimewa untuk dipamerkan dalam saingan akhir hari ini, melainkan melakukan yang terbaik untuk merebut ganjaran utama bernilai AS$15,000 (RM49,110).

"Saya akan cuba sedaya upaya mempertahankan jersi kuning ini. Siri terakhir (peringkat kelima) ini nampaknya sangat sengit. Jarak masa mereka (Karl dan Fabian) dengan saya sangat rapat.

"Malah, mereka mempunyai pengalaman di sini. Apa sahaja boleh berlaku esok," katanya.

Dalam saingan peringkat keempat kategori elit lelaki semalam, Giger meraih tempat pertama dengan masa 1'11:14.40s di trek Langkawi Geopark sejauh 4.1 kilometer (km) dengan enam pusingan.

Begitu pun, Lami yang menduduki tangga kedua dengan catatan masa 1'11:18.30s berjaya menyambar jersi kuning yang dimiliki oleh Platt kelmarin apabila pesaingnya itu gagal menamatkan saingan dalam kelompok tiga teratas (1'13:31.50s).

Platt bagaimanapun masih bertekad untuk melakukan yang terbaik.

"Tidak mustahil saya mampu memperoleh kejuaraan. Ini peluang saya untuk memperoleh kejuaraan kali kedua. Saya tidak akan lepaskannya," katanya.

Peringkat terakhir hari ini menyaksikan seramai 67 pelumba perlu menamatkan perlumbaan dalam tempoh 30 minit di trek yang diberi nama Lagenda Park Short Circuit sejauh 1.3 km.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.