saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 29/08/2012

Rooney tak laku

Prestasi buruk Wayne Rooney mencetuskan spekulasi penyerang Manchester United itu bakal dijual pada harga RM246 juta. - AFP

LONDON - Tiada kelab besar Eropah yang sudi untuk mendapatkan khidmat Wayne Rooney dan ini bermakna hanya tinggal Manchester City sebagai satu-satunya pasukan yang mampu untuk membelinya, itu pun jika United sedia menjualkan tonggak penyerang mereka itu.

Difahamkan United tidak keberatan untuk menjual bintang England berusia 26 tahun itu melainkan dia mula mempamer peningkatan prestasi.

United dijangka meletakkan harga 50 juta pound (RM246.2 juta), namun Barcelona dan Real Madrid tidak bersedia untuk melancarkan bidaan.

Kelab yang berbelanja besar, Paris St. Germain yang awal musim panas lalu menimbangkan untuk memancing Rooney, kini tidak lagi berminat.

Rooney digugurkan daripada kesebelasan utama United ketika perlawanan pertama musim ini menentang Fulham di laman sendiri, Sabtu lalu.

Bos United, Alex Ferguson dikatakan kecewa dengan prestasi dan tahap kecergasan Rooney sewaktu United bertandang ke Everton pada aksi pembukaan musim di mana ia berakhir United kalah 0-1.

Hubungan pengurus dan anak buahnya itu juga difahamkan renggang dan mereka jarang bercakap antara satu sama lain sejak Rooney kembali melapor diri untuk persiapan pra-musim.

City hampir mendapatkan Rooney ketika dia meluahkan hasrat untuk meninggalkan United pada Oktober 2010.

Sebarang urus niaga perpindahan tentunya tidak akan berlaku sehingga Januari depan, lebih-lebih lagi Rooney kini diketepikan untuk hampir dua bulan selepas mengalami kecederaan serius pada paha kanan akibat terkena stud kasut penyerang Fulham, Hugo Rodallega. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.