saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 19/03/2013

United ikrar kukuh cengkaman - Vidic

Nemanja Vidic (kanan) mengasak pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo dalam saingan Liga Juara-Juara, sebelum ini. United kini mendahului tangga teratas Liga Perdana Inggeris berbekalkan kelebihan 15 mata. - AFP

MANCHESTER - Pemain pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic memberi amaran kepada pencabar lain dalam Liga Perdana Inggeris bahawa Red Devils akan terus mengekalkan kelebihan 15 mata sebagai pendahulu hingga tamat musim ini.

United berjaya menjarakkan kedudukan selaku pendahulu selepas meraih kemenangan 1-0 menewaskan Reading pada Sabtu lalu.

Malah, kekalahan pasukan di kedudukan kedua iaitu Manchester City kepada Everton dengan keputusan 0-2 membuatkan United selesa di tangga teratas.

Kata Vidic, pasukannya telah banyak belajar daripada kesilapan lalu, sekali gus tidak mahu untuk mengulangi aksi hambar musim lepas.

"Jika anda lihat pada situasi kami dengan kelebihan 15 mata sudah tentu anda akan katakan bahawa ia adalah satu perbezaan yang amat besar.

"Kami sudah boleh menyatakan bahawa gelaran musim ini berada dalam genggaman, namun kami masih perlu untuk beraksi dalam baki beberapa perlawanan lagi.

"Kami juga masih mempunyai beberapa perlawanan di tempat lawan yang tidak boleh dianggap mudah.

"Sudah tentu saya tidak mahu membiarkan aksi hambar musim lalu membelenggu kami lagi, tambahan pula ketika ini kami berada pada kedudukan yang amat baik sekali," kata Vidic. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.