saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 13/10/2014

Poland kejutkan juara dunia

ARKADIUSZ Milik (kanan) menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer (dua dari kiri) untuk membantu Poland menang 2-0 dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Stadium National, Warsaw semalam. - REUTERS

WARSAW - Poland melakar sejarah menundukkan juara dunia Jerman buat kali pertama dengan mencatat kemenangan mengejut 2-0 dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2016 semalam.

Dua gol pada babak kedua membantu pasukan itu menumbangkan jiran mereka yang turun dengan reputasi hebat selaku gergasi bola sepak dunia dalam perlawanan Kumpulan D.

Tandukan Arkadiusz Milik meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-51 dan Sebastian Mila menambah gol kedua, dua minit sebelum tamat permainan untuk Poland mencatat kemenangan pertama ke atas Jerman selepas gagal dalam 18 percubaan.

Kemenangan itu juga membolehkan mereka memadam rekod tanpa kalah Jerman dalam 33 perlawanan kelayakan, baik dalam Piala Dunia mahu pun Euro sejak 1998.

Poland kini melonjak ke tangga teratas Kumpulan D dengan berkongsi enam mata bersama Republik Ireland tetapi dipisahkan oleh perbezaan gol. Mereka bakal berdepan Scotland esok.

Jerman pula menduduki tangga ketiga dengan tiga mata, sama de­ngan Scotland, manakala Georgia dan Gibraltar gagal mencatat sebarang kemenangan setakat ini.

"Saya harap pemain tidak dibuai mimpi. Ini cuma langkah kecil, kami akan menentang Scotland dan semua pemain harus fokus," kata jurulatih Poland, Adam Nawalka.

Poland kalah dalam 12 daripada 18 pertemuan menentang Jerman atau Jerman Barat.

Pasukan itu kini tidak kalah dalam tujuh perlawanan terakhir kelayakan Euro, sekali gus memahat sejarah baharu buat mereka.

Jerman, yang memakai jersi belang hitam dan merah menjadi pilihan utama untuk memenangi perlawanan di Stadium National, Warsaw kerana masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Dunia di Brazil Julai lalu.

Anak-anak buah Joachim Loew bagaimanapun mensia-siakan peluang, walaupun menguasai separuh masa pertama.

"Saya sangat kecewa. Satu-sa­tunya perkara yang mahu saya katakan, kami mensia-siakan banyak peluang pada babak pertama.

"Kami bermain baik, tetapi penyudahnya tidak bagus," ujar Loew.

Jerman turun tanpa separuh tonggak utama, termasuk Bastian Schweinsteiger, Marco Reus dan Mezut Ozil. Peluang terbaik mereka hadir menerusi Mario Goetze pada minit ke-38 tetapi rembatannya gagal menemui sasaran. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.