SUKAN LUAR NEGARA
ARKIB : 15/10/2014
Bianchi akan terus melawan - Bapa
TOKYO - JULES Bianchi tidak akan patah semangat untuk terus hidup, tetapi keadaannya kekal kritikal, kata bapanya Philippe semalam.
Bercakap kepada akhbar Itali, Gazzetta dello Sport di Yokkaichi, Jepun di mana pemandu Formula Satu Marussia itu mendapatkan rawatan intensif, bapanya berkata dia masih berharap dapat membawa anak lelakinya pulang satu hari nanti.
"Keadaan sekarang amat mendesak. Setiap kali telefon berdering kami tahu itu mungkin pihak hospital untuk memaklumkan yang Jules sudah mati," katanya kepada akhbar itu.
"Tetapi mula-mula mereka katakan 24 jam pertama sangat genting, kemudian menjadi 72 jam dan sekarang kami masih di sini, di mana Jules masih bertarung untuk hidup.
"Saya nampak, saya percaya, saya bercakap dengannya, saya tahu dia dengar saya. Para doktor sebelumnya berkata berlaku keajaiban, bahawa tiada yang terselamat daripada kemalangan sebegitu teruk. Tetapi Jules tidak berputus asa," katanya lagi.
Bianchi berada di hospital sejak dia merempuh traktor pengangkut sewaktu perlumbaan Grand Prix Jepun yang berlangsung dalam hujan lebat pada 5 Oktober lalu. - REUTERS
'Semua orang nak jatuhkan Chelsea'
Messi kejar rekod menjelang El Clasico
Pochettino buat Spurs lebih gagah - Lampard
Suarez terima anugerah Kasut Emas
Serbia kutuk insiden di Stadium Partizan
Ozil main kayu tiga?
Ronaldo atlet pertama kumpul 100 juta peminat di Facebook
Ronaldo muncul wira Portugal
Perlawanan Serbia, Albania kecoh
Gol O'Shea ikat Jerman
Belanda pula terima kejutan
Hodgson pertikai kaedah Rodgers
Bianchi akan terus melawan - Bapa
Sentuhan maut Suarez tak hilang
Costa akhiri kemarau gol
Prestasi Three Lions tidak cukup yakinkan penyokong
Ozil mahu tinggalkan Gunners
Poland kejutkan juara dunia
Hamilton takluk GP Rusia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












