saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 15/10/2014

Sentuhan maut Suarez tak hilang

MUSCAT - Luis Suarez membuktikan dia belum kehilangan sentuhan bahayanya apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Uruguay menewaskan Oman 3-0 dalam perlawanan persahabatan semalam.

Ini adalah gol pertamanya sejak digantung daripada perlawanan kompetitif kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini sewaktu Piala Dunia 2014.

Suarez kini telah menjaringkan 43 gol di pentas antarabangsa selepas menghasilkan gol pada minit ke-57 dan 66 dalam perlawanan semalam. Satu lagi gol di Stadium Al Buraini dijaringkan oleh Jonathan Rodriguez.

Perlawanan itu adalah yang kedua buat penyerang Barcelona itu dalam jelajah Uruguay di Timur Tengah selepas seri 1-1 ketika bertemu Arab Saudi Jumaat lalu.

Kali terakhir bekas penyerang Liverpool itu menjaringkan gol untuk negaranya ialah ketika menewaskan England 2-1 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Dunia pada Jun lalu.

Lima hari kemudian dia membantu Uruguay menewaskan Itali 1-0 namun pemain berusia 27 tahun itu didapati bersalah kerana menggigit bahu Chiellini, menyebabkan dia digantung perlawanan selama empat bulan dan tidak dibenarkan beraksi sembilan perlawanan termasuk lima daripadanya di peringkat antarabangsa.

Suarez dibenarkan untuk bermain dalam perlawanan persahabatan selepas membuat rayuan di Mahkamah Timbangtara Sukan Ogos lalu. Hukumannya akan berakhir menjelang aksi Clasico menentang Real Madrid pada 26 Oktober. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.