saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 16/10/2014

Ronaldo atlet pertama kumpul 100 juta peminat di Facebook

Cristiano Ronaldo memuat naik gambar dengan Irina Shayk di Facebook untuk membolehkan peminat mengikutiperkembangan mereka.

MADRID - Kemasyhuran Ronaldo tidak berhenti di padang. Dia turut popular di laman sosial apabila menjadi atlet pertama mempunyai 100 juta peminat mengikutinya di akaun Facebook.

Angka itu jauh mengatasi pencabar terdekatnya di padang, Lionel Messi yang memiliki 700 ribu pengikut, sekali gus membuktikan bintang bola sepak Portugal dan Real Madrid itu adalah orang paling popular di dunia, menurut laporan www.forbes.com.

Satu-satunya selebriti yang berjaya mencapai tahap tersebut sebelum ini adalah bintang pop Shakira.

Pemuzik, Eminem (96 juta pengikut) dan Rihanna (90 juta pengikut) adalah dua selebriti yang turut memiliki ramai pengikut di Facebook.

Ronaldo, 29, merupakan atlet yang menerima bayaran kedua tertinggi di dunia antara Jun 2013 dan Jun 2014 iaitu sebanyak AS$80 juta (RM261 juta) sebelum cukai.

Dia meraih AS$52 juta (RM169.7 juta) dalam bentuk gaji dan bonus, manakala AS$28 juta (RM91.4 juta) adalah penajaan.

Gambar Cristiano Ronaldo bersama anak lelakinya mendapat 3.4 juta like

Penaja seperti Nike, Tag Heuer, Emirates dan Samsung Electronics mendapat promosi besar daripada jangkauan jaringan media sosial Ronaldo.

"Saya amat berbesar hati mempunyai 100 juta pengikut di Facebook. Pengalaman ini sangat menakjubkan, ia menghubungkan saya dengan peminat di serata dunia.

"Sokongan mereka menjadi sumber inspirasi saya dan saya mahu mengucapkan terima kasih," kata Pemain Terbaik Dunia itu dalam rakaman video yang dimuat naik di Facbook.

Pos Ronaldo paling popular di Facebook ialah gambarnya bersama anaknya menyambut Hari Kanak-kanak, yang mendapat 3.4 juta like.

Ronaldo menggunakan Facebook untuk memberi peluang kepada peminat mengetahui aktivitinya seperti makan malam dengan teman wanitanya iaitu supermodel Irina Shayk atau percutian mereka.

Dia turut memastikan peminat dapat mengikuti perkembangan pasukan Portugal pada Piala Dunia menerusi Facebook.

Ronaldo juga 'juara' di Twitter dengan 30.5 juta pengikut, 10 kali lebih banyak daripada bintang bola sepak Brazil, Kaka yang menduduki tempat kedua. Pos Ronaldo di Facebook sejak 2009 secara keseluruhannya telah menerima 232 juta like dan hampir 10 juta komen.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.