SUKAN LUAR NEGARA
ARKIB : 16/10/2014
Ronaldo muncul wira Portugal

COPENHAGEN - Cristiano Ronaldo muncul wira Portugal apabila tandukan tepatnya pada masa kecederaan membolehkan pasukan itu mencatat kemenangan 1-0 ke atas Denmark dalam perlawanan Kumpulan I kelayakan Euro 2016 semalam.
Ronaldo melonjakkan badan untuk menyambut hantaran silang Ricardo Quaresma dan melakukan tandukan padu yang menewaskan penjaga gol, Kasper Schmeichel.
Pengadil dari Jerman, Felix Byrch turut memainkan peranan apabila menambah lima minit lagi waktu kecederaan.
Peluang terbaik Denmark pula diperoleh menerusi Michael Krohn-Dehli yang melepaskan percubaan tetapi melepasi palang gol.
Jaringan Ronaldo membantu Portugal mengelak daripada menduduki tangga tercorot untuk mendaki ke kedudukan ketiga daripada lima pasukan menerusi tiga mata.
Denmark pula kekal di tangga kedua, berkongsi empat mata dengan pendahulu, Albania.
"Cristiano adalah Cristiano, dia adalah pemain yang handal.
"Sukar untuk diungkap dengan kata-kata bagi menggambarkan tentang dirinya," kata jurulatih Portugal, Jurulatih Portugal, Fernando Santos .
Ronaldo membuktikan dia adalah ancaman kepada lawan apabila melepaskan rembatan ke pintu gol seawal minit ketujuh.
Kedua-dua percubaan tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Schmeichel.
Denmark kehilangan pemain pertahanan, Nicolai Boilesen 10 minit selepas babak kedua bermula apabila bek kiri itu ditimpa kecederaan setelah berlaga dengan rakan sepasukan, Daniel Agger yang cuba menyepak bola keluar dari kawasan bahaya.
"Kami sedar Denmark sebuah pasukan yang kuat. Saya rasa mereka telah menonton perlawanan kami sewaktu menentang Perancis dan melakukan perubahan taktik daripada 4-3-3 kepada 4-4-2 dengan harapan dapat mengawal permainan," kata Santos lagi. - REUTERS
'Semua orang nak jatuhkan Chelsea'
Messi kejar rekod menjelang El Clasico
Pochettino buat Spurs lebih gagah - Lampard
Suarez terima anugerah Kasut Emas
Serbia kutuk insiden di Stadium Partizan
Ozil main kayu tiga?
Ronaldo atlet pertama kumpul 100 juta peminat di Facebook
Ronaldo muncul wira Portugal
Perlawanan Serbia, Albania kecoh
Gol O'Shea ikat Jerman
Belanda pula terima kejutan
Hodgson pertikai kaedah Rodgers
Bianchi akan terus melawan - Bapa
Sentuhan maut Suarez tak hilang
Costa akhiri kemarau gol
Prestasi Three Lions tidak cukup yakinkan penyokong
Ozil mahu tinggalkan Gunners
Poland kejutkan juara dunia
Hamilton takluk GP Rusia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












